PEMERGIAN pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu lalu merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini. Kesedihan sudah pastinya menyelubungi keluarga Allahyarham usahawan kosmetik berusia 40 tahun itu terutama suami dan lapan anak mereka. Suami Allahyarham iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, beliau reda dengan ketentuhan Ilahi meskipun merasakan pemergian isteri tercinta terlalu awal. ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani ARTIKEL BERKAITAN: “Jaga kasih sayang, tiada siapa boleh pisahkan kami kecuali takdir Allah” - Pengasas Dnars sempat tinggalkan pesanan sebelum dijemput Ilahi ARTIKEL BERKAITAN: Anak Pengasas Dnars peroleh kekuatan “Mamiku dapat tersenyum, ketika aku cakap dia cantik, dia yang paling kuat” Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Foto instagram Faziani_Rohban Mengakui pada awalnya berasa bersalah kerana kemalangan berlaku apabila beliau terlelap seketika kerana penat, tetapi kini akur dengan suratan takdir. “Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kemalangan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kemalangan itu. “Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya kepada mStar. Rizal membuat kejutan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka, awal tahun ini. Lebih mesra dengan panggilan Rizal, katanya, rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya. “Kebiasaannya kami menyalurkan sumbangan ke akaun bank mereka setiap tahun, tapi kali ini isteri saya minta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz di sana,” katanya sambil menambah kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu. Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya. AHMAD SHAH RIZAL IBRAHIM Suami Allahyarham Faziani Menceritakan lebih lanjut mengenai dirinya dan isteri kesayangannya, kata Rizal, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu pasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja. Rizal dan Faziani semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci. Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing. “Kami sering bersama ke mana-mana. Tapi, kalau saya atau arwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain. “Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya. Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata. Rizal dan Faziani bersama lapan anak mereka. Tambahnya, arwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka. “Arwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri. “Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak. Rizal menenangkan anak-anaknya semasa hari kejadian. Foto Bernama Dalam pada itu, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya. dan terpaksa bergantung kepada pil tidur. “Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya. “Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas. “Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur malam tadi (Selasa malam) buat pertama kali,” katanya. Rizal kelihatan sedih di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar. Foto Bernama Pada Sabtu lalu, Faziah yang merupakan pengasas produk kecantikan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Dalam tragedi kira-kira pukul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 malam Sabtu.