TERKEJUT dan trauma. Itulah situasi yang dialami seorang gadis apabila menjadi mangsa gangguan seksual pemuda yang ditemuinya semasa hadir sesi temu duga baru-baru ini. Menurut Nor Izzati Norman, insiden itu berlaku sebaik sahaja dia pulang menghadiri temu duga di sebuah taman tema di Ipoh, Perak dua minggu lalu. "Lepas interview tu dia WhatsApp tanya pasal kerja. Tiba-tiba dia tanya kenapa saya lambat balas. Kalau orang tak kenal saya jarang nak reply. Jadi saya bagi alasan jarang buka WhatsApp. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah cikgu 'gatal' curi gambar, perkenal dirinya sebagai pelacur di grup porno ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari tak tidur malam, cikgu 'gatal' jawab dakwaan curi, sebar gambar gadis di grup porno "Bila cakap saya jarang buka WhatsApp saya fikir dia dah tak boleh nak mesej lebih-lebih. Tapi mesej dia hantar pasal 'lambung-lambung' tu mula-mula saya tak dapat tangkap. "Saya tak tahu pun dia ada maksud lain. Jadi saya pun macam gelak jelah. Bila sampai dia cakap pasal 'sporting' saya dah rasa lain macam. Saya pun terus block nombor dia," katanya kepada mStar. Paparan skrin mesej berbaur lucah yang dihantar pemuda tersebut kepada Ty. Nor Izzati atau lebih mesra disapa Ty memberitahu, dia berasa kesal kerana memberikan nombor telefon kepada pemuda itu yang disangka dapat membantu memberi tunjuk ajar kepadanya apabila memulakan kerja kelak. "Masa nak pergi interview tu saya tak tahu pejabat dekat mana. Kebetulan saya terjumpa pemuda itu, jadi saya dan sepupu pun tegur dia nak tanya pejabat di mana. Dia pun tunjuk di mana. "Dia tanya saya dapat interview department mana? Saya cakap cashier dan dia beritahu dia pun cashier. Lepas tu dia minta nombor telefon, alasannya nanti apa-apa dia boleh hubungi pasal kerja. "Saya pun fikir kalau macam tu ada orang tolong ajar benda basic. Jadi saya pun bagi tapi tak sangka dia hantar mesej lucah. Bila teringat balik memang saya menyesal sebab senang-senang nak percayakan orang," katanya. Susulan itu, bekas penuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bahru, Kelantan itu memuat naik mesej pemuda tersebut di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen. Jelas gadis berusia 22 tahun itu, dia tidak menduga hantarannya itu akan tular memandangkan dia hanya mahu berkongsi pengalaman ngeri dilaluinya. Menyedari tweet itu tular di Twitter, Ty berkata pemuda tersebut memintanya untuk memadam posting berkenaan. Ty menolak tawaran bekerja di taman tema tersebut demi keselamatannya. Foto ihsan Ty. "Sebab dah viral lelaki tu takut. Jadi dia iMessage saya minta maaf dan dia minta saya padam posting tersebut. Dia juga salahkan saya kenapa viralkan mesej dia. "Saya pun beritahu ayah mengenai perkara itu. Ayah saya suruh dia datang jumpa kami dulu minta maaf. Lepas tu barulah saya akan delete posting tersebut," katanya. Malah anak tunggal itu berkata, insiden dialaminya itu turut mendapat perhatian pihak pengurusan taman tema tersebut. "Perkara tu sampai dekat HR (Jabatan Sumber Manusia) taman tema tu. Lepas tu mereka terus hubungi saya minta maaf. Mereka beritahu akan ambil tindakan terhadap lelaki itu. Mereka pun minta saya delete posting tersebut," katanya. Ty berkata dia menunaikan janji untuk memadam posting itu kerana pemuda tersebut dan pihak atasan taman tema berkenaan sudah meminta maaf kepadanya. Saya pun fikir kalau macam tu ada orang tolong ajar benda basic. Jadi saya pun bagi. Tapi tak sangka dia hantar mesej lucah. Bila teringat balik memang saya menyesal sebab senang-senang nak percayakan orang. NURIZZATI NORMAN. "Pemuda tu dah datang jumpa saya dan ayah bersama dengan pihak atasan taman tema itu pada 11 Mei lalu. Dia minta maaf dan kata dia tak sedar apa dia buat. "Ayah pun maafkan dan beritahu kalau boleh jangan buat dekat semua perempuan. Ingat nanti dia akan ada anak. Kalau tak kena dekat anak takut kena dekat adik-beradik perempuan dia. "Nampaklah dia pun macam cuak sebab takut dengan ayah. Saya pun padamlah posting tersebut sebab dia dan pihak atasan dah datang minta maaf," katanya. Dalam pada itu, Ty menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita supaya berani mendedahkan isu berkaitan gangguan seksual di tempat kerja sekiranya mereka pernah mengalaminya. Mesej minta maaf daripada pemuda tersebut kepada Ty. Foto ihsan Ty "Bila saya post di Twitter ada juga beritahu mereka pernah kena dengan orang yang sama tapi mereka tak berani nak buka mulut. Mereka tak nak tutup periuk nasi lelaki itu. "Tapi saya ni jenis lantang... cakap terus. Jadi siapa yang pernah kena tu jangan pendam, kalau boleh laporkan terus kepada pihak atasan. Kalau kita biar je orang tu akan terus ambil kesempatan. "Nanti bila kita senyap je orang baru masuk nanti dia pula yang kena. Jadi tak boleh biarkan macam tu sahaja. Kita kena pertahankan hak dan diri kita," katanya. Susulan insiden itu, Ty berkata dia terpaksa menolak tawaran bekerja di taman tema tersebut kerana bimbang keselamatan dirinya. "HR taman tema tu ada call, mereka offer saya kerja di bahagian beverage. Tapi saya terpaksa juga tolak sebab takut jadi apa-apa di kemudian hari. "Malah keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat ibu bapa saya terutama ibu yang risau dan terkejut dengan insiden itu. Mungkin tak ada rezeki saya di situ tapi saya percaya rezeki mungkin di tempat lain," katanya.