JARANG sekali kita temui kanak-kanak yang mempunyai pemikiran matang seawal usia 10 tahun. Namun, perkongsian cerita Mohd Khairi Mohamad, 38, mengenai anak lelakinya di laman Twitter ternyata membuatkan ramai yang tersentuh hati. Menerusi kejadian di sebuah pusat beli belah di Rawang pada Ahad lalu, anaknya, Muhammad Absyar membatalkan keinginan untuk membeli sepasang kasut Avengers kerana harganya mencecah RM150. ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau makan memang saya agak berkira," - Pelajar IPTA akui ikat perut selepas bapa tiada ARTIKEL BERKAITAN: Nak jimat punya pasal, pelajar hanya makan mi segera 3 minggu sebelum masuk hospital Mesra disapa Khairi, bapa kepada empat anak itu berkata, Absyar mempunyai kesedaran seperti itu kerana dibesarkan ketika keluarga mereka berdepan masalah kewangan, suatu ketika dahulu. "Sekitar 10 tahun lepas, saya dipindahkan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Saya terpaksa menyewa rumah yang harganya tiga kali lebih mahal. "Kos sara hidup meningkat, isteri pula terpaksa berhenti kerja sebab alahan teruk sewaktu hamil. "Sewaktu Absyar lahir, kami memang struggle. Jadi sifat dan pemikiran itu sudah dibentuk dalam dirinya sejak usia tiga dan empat tahun," ujar Khairi sewaktu dihubungi mStar. Bila dia membesar sewaktu kami susah dahulu, dia jadi sensitif bab duit. MOHD KHAIRI MOHAMAD Mengimbas kejadian pada Ahad lalu, Khairi sekeluarga berada di pusat beli belah itu untuk berbuka puasa sambil menyambut ulang tahun kelahiran Absyar yang ke-10. Selepas makan, mereka berjalan-jalan di sekitar pasar saya tersebut sebelum Absyar dan ibunya masuk ke sebuah kedai kasut. "Masa tu saya kat luar tengah jaga anak-anak yang lain. Absyar masuk kedai bersama ibunya. "Dia tengok kasut Avengers, tambah-tambah filem tu tengan trending sekarang. Dia berkenan kasut Infinity Stones Thanos. "Dia anggarkan sekitar RM50 sahaja, rupa-rupanya ia berharga RM148. Isteri suruh tanya saya dulu, terus dia tak nak, mahal katanya," ujar Khairi. Kisah mengenai Absyar mencuri tumpuan pelayar Twitter. Hasil perkongsiannya di Twitter yang menerima lebih 24,000 ulang kicau (Retweet), seorang individu bertindak menghubungi Khairi dan berhajat menghadiahkan kasut berkenaan kepada Absyar. Dia bagaimanapun menolak secara baik kerana Absyar sudah membeli sepasang sandal untuk dipakai pada sambutan lebaran nanti. Mengulas sikap matang anaknya yang bijak dalam soal kewangan itu, Khairi mendedahkan Absyar juga seorang yang suka menabung. Malah, Absyar yang bercita-cita mahu menjadi angkasawan biasanya akan membeli apa sahaja yang diingininya menggunakan duit simpanan sendiri. Paparan skrin perkongsian Khairi di Twitter. "Bila dia membesar sewaktu kami susah dahulu, dia jadi sensitif bab duit. "Saya nak bagi tip pun tak pandai sangat. Tapi ia lebih kepada komunikasi dan kejujuran," ujar Khairi lagi. Menetap di Serendah, Selangor, Khairi kini bertugas sebagai jurutera di ibu negara. Malah, dia juga aktif menulis dan sudah menghasilkan buku berjudul Ranea, Kasyaf dan beberapa novel lain.