suria

Bekas teman wanita berubah hati lepas kenali cef IG, jejaka frust akui dah beli 12 dulang hantaran... "Saya jaga dia macam bini"

Dakwa Khey, bekas teman wanitanya mula berubah selepas perkenalan dengan cef itu. Gambar Hiasan: Gaya - Tempo.co

SIAPA yang tidak kecewa seandainya hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis idaman terkubur gara-gara kehadiran orang ketiga?

Begitulah yang berlaku terhadap seorang jejaka apabila kisah duka yang diceritakannya itu menjadi tular di laman Twitter.

Hanya ingin dikenali sebagai Khey, dia mendakwa perkenalan selama sembilan tahun dengan bekas teman wanitanya musnah selepas mereka berkenalan dengan seorang cef yang popular dengan video-video masakan di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kali ini bini orang anak 3” - Chef Fikri pula dituduh curang, isteri ‘meletus’ ketika 10 malam terakhir Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf sampai awak terima orang lain” - Duit dah simpan tapi empat kali tangguh kahwin, akhirnya penghidap kanser putus tunang

"Saya kenal sejak dia tingkatan tiga dan mula serius masa dia dah 18 tahun. Saya tunggu dia habis sekolah sebab dia kata nak fokus pada pelajaran.

"Keluarga kami pun dah tahu pasal hubungan ni, saya memang nak memperisterikan dia. Saya jaga dia macam bini, jaga keselamatan, pengangkutan, makan minum. Kalau nak cerita memang panjang.

"Bulan November tahun lepas, cef tu datang kedai burger saya. Masa tu saya tak tahu dia public figure. Dia selalu datang, bekas teman wanita saya juga selalu borak dengan dia. Lama-lama jadi lain," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.

Dakwa Khey lagi, selain mula menunjukkan perubahan sikap, bekas teman wanitanya juga pernah kantoi keluar bersama cef itu sehingga menambahkan lagi kekecewaan dalam hatinya.

Tapi perangai dia berubah selepas jumpa lelaki tu. Saya pun segan bila dah putus, sebab semua keluarga dan rakan-rakan tahu saya merancang nak kahwin dengan dia.

KHEY

Malah, dia dan gadis itu juga mula bergaduh sehinggalah dia memutuskan hubungan itu pada Disember tahun lalu.

Kata Khey, dia sememangnya memendam apa yang berlaku dan enggan bercerita kepada orang ramai.

Namun, gara-gara tidak dapat menahan emosi, dia bertindak membuka mulut dan menulis kisah itu menerusi laman Twitter.

"Dah lama pendam, sebenarnya tak nak share pasal mereka. Saya pun dah block mereka. Memang tak nak tengok muka.

"Kemudian ada orang post pasal cef tu di Twitter, saya rasa emosi sangat sampai saya ceritakan semuanya.

"Saya padam tweet tu bukan sebab takut, tapi saya tak nak buka aib mereka," ujarnya.

Kata Khey, dia sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku dan sekadar berkongsi bagi meluahkan rasa yang terbuku di hati.

Ujar Khey, dia juga sudah membeli 12 dulang untuk digunakan sebagai hantaran perkahwinannya kelak (Gambar Hiasan: Carousell).

Menurutnya lagi, dia juga terkilan kerana sudah banyak pengorbanan yang dilakukan buat bekas teman wanitanya sebelum ini.

Malah, dia juga sudah membeli 12 dulang hantaran sebagai persiapan untuk mendirikan rumah tangga pada masa akan datang dengan gadis itu.

"Sepatutnya nak tunang bulan April hari tu. Saya tolong dia ikhlas sebab keluarga dia susah. Saya memang tak berkira pasal duit dengan dia.

"Tapi perangai dia berubah selepas jumpa lelaki tu. Saya pun segan bila dah putus, sebab semua keluarga dan rakan-rakan tahu saya merancang nak kahwin dengan dia," ujar Khey lagi.

Dalam pada itu, tweet mengenai kisah itu menerima lebih 13,300 ulang kicau (Retweet) sejak ia dimuat naik sebelum dipadam semula pada Isnin.

Malah, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi berhubung pendedahan itu.

"Wuuu I feel you bro.. Tu la silap pompuan tu jugak pi layan.. Dia simple jaa kalau dah jenih layan laki lain, emm abih laa hubungan tuu.. Takpa bro aku doakan kau jumpa jodoh yang lebih baik dan terus tabah," tulis @abe_islah.

"Hmmm stay strong. Semoga Allah kurniakan jodoh dan bakal isteri yang baik for you," tulis @miraaawahab pula.

"Awak pun ada rupa. Move on jer. Memang malu kalau orang tanya kenapa tak jadi. Jawab jerla kata dia curang abis cerita dia pun tak jaga aib awak. Sekiann.. Ya allah gantikanlah untuk awak yg lagi terbaik amin," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Khey, cef, putus cinta, orang ketiga

Artikel Lain