suria

Sampul duit raya RM5 bikin panas, mak saudara bengang... “Semalam minta maaf, peluk cium pipi rupanya tak ikhlas”

Duit raya antara yang ditunggu-tunggu kanak-kanak.

KEMERIAHAN hari raya bukan sahaja dapat berkumpul dengan sanak saudara, tetapi ia memberi sejuta kegembiraan kepada kanak-kanak yang menunggu mengumpul duit raya.

Namun sekiranya orang dewasa turut menerima duit raya, ia tentunya suatu rezeki tanpa mengira jumlah dalam sampul itu.

Nilai wang bukannya topik utama,tetapi ia dianggap sebagai tanda ingatan si pemberi kepada penerima.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'lelong' duit raya menyesal

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai pokai kerana terlebih bajet beri duit raya... Ini 5 tip elak poket kering sebelum dapat gaji bulan depan

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila seorang wanita  dikritik ‘kencang’ di Twitter gara-gara memuat naik status berkaitan duit raya yang diterima daripada anak saudaranya.

Status twit yang menjadi bualan netizen.

Menurut status Mama Ejja, “xtau (tak tahu) nak kata apa. Pakai kereta mewah, gaji besar, bagi duit raya mak sedara pak sedara banyak ni. What do you think?.” 

Status tersebut dimuat naik bersama dua gambar yang menunjukkan sampul duit raya yang berisikan wang RM5.

Malangnya status itu dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen dan mendapat lebih 2,000 ulang kicau (Retweet).

Dalam pada itu, salah satu Retweet daripada Boy yang tampil mengaku wanita itu adalah emak saudaranya.

Seorang pengguna Twitter tampil mengaku wanita tersebut emak saudaranya.

Jelas Boy, sampul duit raya itu diterima daripada kakaknya.

Malah Boy turut berterima kasih kepada emak saudaranya itu.

“Tak sangka semalam minta maaf peluk cium pipi rupanya tak ikhlas.

Thank you kawan-kawan twitter yang retweet ‘tweet’ ini sampai pengetahuan saya.

“Semoga Allah berkati kehidupan maklong.”

Sebahagian daripada komen-komen pengguna Twitter.

Rata-rata netizen menganggap emak saudara Boy itu sebagai orang yang tak reti bersyukur.

“Bawa mengucap saudari. Beraya bukan tempat untuk kita kutip duit dari sanak saudara.

“Bersyukurlah masih ada orang ingat kita. Kenapa saudari berfikiran kolot?.

“Serius terkesima masih ada manusia seperti saudara. Semoga saudari sihat walafiat,” komen salah seorang pengguna Twitter yang dikenali XavierNaxa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Sampul Raya, mak saudara, RM5

Artikel Lain