SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri takkan 'sah' kalau tidak ada insiden yang berpunca daripada kanak-kanak. Kalau sebelum ini kedengaran insiden ikan peliharaan mati, TV pecah akibat sikap nakal kanak-kanak ketika datang beraya, namun tahun ini timbul insiden baharu apabila cermin sebuah kereta hancur berderai dibaling batu. Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.Pemilik kereta yang hanya dikenali Fairuspeos memuat naik statusnya di laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: “Ni semua salah ayah!” Abang dedah kisah sebenar adik kuat drama menangis di pagi raya dilabel ‘Anakku Sazali’ ARTIKEL BERKAITAN: Memori raya di kampung terlalu pahit, anak Rohingya lebih seronok sambut Syawal di Malaysia "Ni la sebab aku tak suka budak-budak ramai. Pastu jenis anak buas dan mak bapak tak reti nak jaga. Main baling batu kena cermin kereta aku." Status tersebut diiringi dengan empat keping gambar cermin kereta yang pecah. Cermin kereta bahagian belakang retak gara-gara terkena batu. Namun pada 9 Jun lalu, Fairuspeos mendedahkan bahawa semuanya sudah selesai selepas bapa kepada kanak-kanak yang terlibat tampil membuat pengakuan. Susulan pengakuan itu, Fairuspeos memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan perkara ini dan kini keretanya sudah dihantar ke bengkel. "Okay 'guys' jangan panjangkan cerita. Tadi member aku mengaku anak dia yang buat. Anak dia buat tapi tak bagitau mak dengan ayah dia. Tadi baru tahu anak dia yang buat. Sebahagian daripada komen-komen netizen mengenai cermin kereta pecah akibat terkena balingan batu. "Dia pun dah mengaku dan akan bertanggungjawab segala kos semua," tulisnya. Perkongsian yang dimuat naik oleh Fairuspeos itu mendapat pelbagai komen daripada netizen dan lebih 12,000 ulang kicau (Retweet). Ada juga komen yang menyalahkan ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka menjadi nakal dan buas.