suria

Penghibur cilik buat ramai mahu goyang! Bukan saja menyanyi dan bergelek, menggelecek pun power “Hampir terpilih main bola ke Barcelona”

Aksi tarian bersahaja Izzan menjadi tular di laman Twitter.

AKSI bersahaja seorang budak lelaki menari sambil mengikut rentak lagu Teruna dan Dara dendangan Masdo menarik perhatian ramai di media sosial.

Mana tidaknya, gaya Muhammad Izzan Danial Ahmad Tarmizi, 11, dilihat cukup bersahaja dan begitu menghiburkan.

Rakaman yang dimuat naik ke laman Twitter oleh abangnya, Muhammad Ikmal Danial, 16, sehingga kini menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal ibu duit buku ‘lesap’, murid salahkan ‘chicken chop sedap sangat’

ARTIKEL BERKAITAN: Saya rasa dia main redah je” - Ibu terkejut anak 'ah yeah ah yeah' atas pelamin, berangan Blackpink

Mesra disapa Ikmal, dia mendedahkan adik bongsunya itu suka menari sejak masih kecil lagi.

"Dia memang suka menari, tapi suka-suka saja. Nak cakap menari tak kira tempat tu tak juga, kadang-kadang ada la dia menari dekat public. Tapi tak la over, cuma sikit je.

Selain suka menari, Izzan juga mempunyai bakat dalam sukan bola sepak. (FOTO: Instagram Izzandnial)

"Biasanya dia akan menari di tempat kenduri kalau ada lagu ke, tapi biasanya dia menari kat rumah, pasang lagu sendiri," ujar Ikmal sewaktu dihubungi mStar pada Jumaat.

Menyifatkan Izzan sebagai penghibur keluarga, Ikmal mendedahkan keletah adiknya itu juga sering mencuit hati kedua orang tuanya.

Katanya lagi, adiknya juga suka menyanyi khususnya lagu-lagu berunsur rap.

Masa umur dia 10 tahun, dia hampir terpilih untuk pergi ke Barcelona, untuk pasukan bawah 12 tahun.

MUHAMMAD IKMAL DANIAL AHMAD TARMIZI

"Dia tak fokus menari sahaja, dia memang suka buat orang terhibur. Dia juga suka menyanyi.

"Ada dia rap, semua dia buat je. Mama, abah kadang-kadang sampai tergelak. Mama ada juga rakam aksi-aksi dia," kata Ikmal.

Menurut remaja dari Kuala Terengganu itu, adiknya juga berbakat dalam sukan bola sepak.

Malah, Izzan juga hampir terpilih ke Barcelona sewaktu menyertai rancangan bola sepak menerusi sebuah stesyen televisyen swasta tempatan pada 2018.

Izzan merupakan penghibur dalam keluarga mereka.

"Masa umur dia 10 tahun, dia hampir terpilih ke Barcelona, untuk pasukan bola sepak bawah 12 tahun.

"Dia terpilih dalam 44 orang kalau tak silap. Yang datang masa tu untuk pemilihan dari seluruh Malaysia, Filipina dan Singapura.

"Tapi dia digugurkan masa peringkat akhir, mungkin sebab orang lain semua umur 12. Tak silap dalam 44 orang tu, ada empat orang je yang umur 10 tahun," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka mengenai aksi Izzan yang dimuat naik ke laman Twitter.

"Aku yang tengok ni pun tergoyang-goyang tengok dia joget," tulis @therealminoo.

"Dia punya level confident dan semangat harus diberi pujian. Power adik hang ni," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain