KEBIASAANNYA duit raya menjadi kegilaan kanak-kanak dan tidak kurang juga bagi mereka yang masih belajar. Pelbagai jenis sampul digunakan untuk mengisi duit raya dan paling unik, sampul ubat pun turut dikitar semula untuk 'menyerikan' sambutan Aidilfitri kali ini. ARTIKEL BERKAITAN:“Rezeki dia datang seorang, ingatkan nak buat kejutan sudahnya jadi sampah”... Kerana syiling dalam sampul, budak ‘melepas’ duit raya RM10 ARTIKEL BERKAITAN: Sampul duit raya RM5 bikin panas, mak saudara bengang... “Semalam minta maaf, peluk cium pipi rupanya tak ikhlas” Nur Hidayah Suhaimi atau mesra disapa Hidayah teruja menerima sampul ubat berisi duit raya yang diberi datuknya pada hari pertama Syawal baru-baru ini. "Saya dan sepupu yang lain terkejut dapat sampul ubat. Betul-betul luar biasa idea atuk! Hidayah (depan) bersama kakak saudaranya, Syahiratul Arisya dan datuk mereka, Md Isa Halidi. "Kami semua tergelak dan terhibur lepas dapat sampul tu sebab sebelum-sebelum ini atuk cuma bagi sampul duit raya yang biasa je. "Ikutkan perasaan takut tu adalah juga sebab macam banyak maksud tersirat tetapi saya cuba tidak endahkan," katanya kepada mStar. Jelas anak bongsu daripada tiga beradik itu, datuknya banyak menerima bekas ubat-ubatan dari hospital untuk penyakit jantung yang dihidapinya. Di sebalik gelak tawa Hidayah bersama sepupu selepas menerima sampul unik daripada datuk kesayangan, hatinya tersentuh tatkala mendengar gurauan datuknya yang ternyata membuatnya terkilan. "Pada pagi raya pertama, kami nak atuk pakai baju warna silver tetapi atuk nak pakai baju warna hitam... jadi dia pun pakai baju hitam. Hidayah (tudung hitam) bersama datuknya (baju hitam) dan sepupu-sepupunya di kampungnya di Simpang Renggam, Johor. "Tiba-tiba atuk kata 'mana tahu tahun depan atuk pakai baju raya semuanya putih' dalam nada bergurau. "Saya dan sepupu semua terkilan bila dengar. Yelah hati mana yang tak tersentuh bila dengar orang yang kita sayang cakap macam itu," katanya. Gadis berusia 17 tahun ini juga mengakui datuknya seorang yang sangat tegas namun dia juga suka bergurau senda bersama cucu-cucunya. Saya dan sepupu yang lain terkejut selepas dapat sampul ubat.. Betul-betul luar biasa idea atuk. NUR HIDAYAH SUHAIMI Dalam pada itu, gambar yang dimuat naik Hidayah di Twitter mendapat perhatian netizen sehingga menerima 18,800 ulang kicau dan 16,100 tanda suka. Rata-rata netizen turut berkongsi gambar menerima sampul ubat menerusi ruangan komen di laman Twitter @Nrhidayah16. "Ni baru rare sampul duit raya dia," tulis salah seorang netizen @iwaaann28. "Wah jimat sampul duit," komen @Farahanis__.