suria

Nasib baik 'Murtabak' dapat emel, mesyuarat tegang bertukar ceria “Saya pun gelak jugalah”

Mubarak menyifatkan kesilapan namanya sebagai kisah melucukan.

SETIAP individu di muka bumi ini memiliki nama tersendiri yang menjadi identiti masing-masing.

Ada yang namanya cukup ringkas, ada pula yang diberi nama unik sehingga kadang-kala terbelit lidah untuk menyebutnya.

Namun, lain pula ceritanya jejaka ini apabila namanya baru-baru ini disalah ertikan dengan juadah popular tempatan iaitu Murtabak.

Dilahirkan sebagai Muhd Akhyar Mubarak Osman, dia membuat perkongsian mengenai kisah lucu itu sehingga tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus jangkitan seks, sayur, antara nama pelik bayi untuk bulan pertama 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya nak letak nama Iceland, tetapi akhirnya pilih... 

Perkongsian gambar paparan skrin e-mel 'Dear Murtabak' dengan kapsyen 'Haduiiiii. Bacalah nama orang bebetui...." itu diulang kicau 16,400 kali dan mendapat 8,400 tanda suka.

Posting Mubarak menjadi tular di Twitter.

Rata-rata netizen terhibur dengan tweet yang dianggap melucukan itu.

Muhd Akhyar Mubarak atau lebih mesra dipanggil Mubarak memberitahu dia tidak sedikit pun tersinggung dengan kesilapan tersebut.

"Ada orang sensitif bab nama tapi saya ok je. Saya siap gelak-gelak lagi bila baca e-mel tu. Saya anggap benda tu kelakar.

"Mungkin orang yang reply e-mel tu pun tak perasan sebab saya berhubung dengan dia pun kejap-kejap, sekadar nak beritahu syarikat kami nak beli barang.

Sebab mereka ternampak Dear Murtabak. Saya pun gelak jugalah. Masa tu keadaan agak tegang sedikit jadi bila dapat e-mel lawak tu ia menceriakan semua orang dalam meeting tu.

MUHD AKHYAR MUBARAK OSMAN.

PENUNTUT IPTS.

"Jadi dia minta saya e-mel. Lepas tu dia reply 'Dear Murtabak'. Kat situ saya rasa lawak. Jadi saya pun postlah kat Twitter," katanya kepada mStar.

Pada masa sama, pemuda berusia 23 tahun itu juga berterima kasih kepada e-mel tersebut kerana berjaya menceriakan suasana dalam mesyuarat syarikatnya.

"Masa tu saya tengah buat projek presentation dekat pejabat. Tiba-tiba saya dapat notification e-mel. Semua orang tengok dan mereka pun gelak.

Mubarak sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur.

"Sebab mereka ternampak Dear Murtabak. Saya pun gelak jugalah. Masa tu keadaan agak tegang sedikit jadi bila dapat e-mel lawak tu ia menceriakan semua orang dalam meeting tu," katanya.

Pemuda yang sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur turut berkongsi kisah diejek rakan-rakan semasa di sekolah rendah.

"Bila dah masuk universiti tak pernah berlaku (orang ejek nama) tapi masa kecil dulu adalah orang panggil murtabak. Masa gaduh-gaduh biasalah main kutuk-kutuk nama.

"Ada juga orang tweet nasib baik orang tu tak tulis muberak. Waktu tu saya pun gelak sebab teringat masa sekolah rendah dulu ada juga orang ejek macam tu.

"Jadi saya pun retweet balik sebab yang tu memang lawak bagi saya. Tapi saya tak sangka benda tu jadi semula dalam dunia profesional. Benda tu dah jadi lawaklah pula," katanya.

Antara komen netizen yang terhibur dengan tweet Mubarak.

Mubarak yang juga berasal dari Kulim, Kedah tidak menduga tweet tersebut akan mendapat perhatian netizen.

"Saya tweet sekadar untuk suka-suka. Bila saya tunjuk kat kawan mereka pun gelak. Jadi saya pun tweetlah.

"Tengok-tengok dah lebih 15,000 retweet. Saya tak sangka jadi viral sebab ingatkan tweet ni biasa-biasa je," kata penuntut di sebuah universiti swasta di Cheras.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Dear Murtabak, Mubarak, nama, e-mel

Artikel Lain