PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah menyakat anak buah sehingga mereka menangis. Bukan bertujuan mendera, sebaliknya gurauan itu diibaratkan seperti pengikat kasih sayang antara kanak-kanak itu dengan bapa atau ibu saudara mereka. Terbaharu, video seorang pemuda yang menyakat tidak mahu membeli permainan buat anak saudaranya menjadi tular di laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Disoal ibu duit buku ‘lesap’, murid salahkan ‘chicken chop sedap sangat’ ARTIKEL BERKAITAN: Kakak kongsi kisah sayu Fatimah 'standby' gantung tudung untuk doakan Mamajee... “Adam pesan dia minta maaf banyak-banyak” Biarpun berdurasi 14 saat sahaja, video yang dimuat naik oleh Muhammad Safuan Fais Asraf Jahli itu sehingga kini menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet). Safuan sememangnya rapat dengan anak saudaranya. Mesra disapa Safuan, jejaka berusia 22 tahun itu berkata, video itu dirakam sewaktu dia menjemput anak saudaranya, Roshan Rayqal Hans Azhar yang berusia lima tahun dari sebuah tadika di Teluk Intan, Perak pada Rabu. "Pada sebelah pagi dah janji nak belikan mainan untuk dia. Masa ambil dia tengah hari tu, sebelum masuk kereta saya dah nampak dia menangis. "Dia kata ada kawan kacau, sepanjang perjalanan tu saya tanya dia. Saya kata baik bagitau betul-betul kenapa menangis? "Dalam masa sama dia masih ingat pasal janji nak beli mainan tu. Saya sengaja bergurau cakap tak payah, terus dia menjerit kuat. "Tapi dia bukan jenis macam tu pun. Ini kali pertama dia menjerit walau saya selalu sakat dia," ujar Safuan sewaktu dihubungi mStar. Gara-gara jeritan luar biasanya sehingga video itu menjadi tular, Safuan turut menerima komen-komen negatif melibatkan anak saudaranya. Paparan skrin perkongsian video itu yang tular di Twitter. Namun kata Safuan, dia tidak ambil pusing kecaman berkenaan memandangkan dia tahu sifat anak kecil itu. "Ada yang cakap, kalau tu anak buah mereka, dia dah lempang... ada yang cakap nak terajang. "Pada saya tak adalah sampai nak naik tangan, saya bergurau sahaja dengan dia, dia pun tahu saya hanya bergurau. "Tapi saya sangat hargai komen-komen positif. Sebab ramai juga orang lain yang suka bergurau dengan anak saudara mereka," katanya lagi. Dalam pada itu, Safuan berkata dia sudah melunaskan janji kepada anak saudaranya itu. Perangai macam aku. Suka sakat budak sampai dia nangis. NETIZEN Pada pagi Jumaat, dia membawa kanak-kanak itu keluar untuk membeli kereta permainan Hot Wheels seperti yang dijanjikannya. Bercerita lanjut mengenai kanak-kanak itu, Safuan berkata anak saudaranya itu seorang yang cukup petah berkata-kata. "Dia satu-satunya anak buah saya, anak kepada kakak saya. Saya memang rapat dengan dia, selalu jaga dan layan kerenahnya. "Dia memang aktif, banyak bercakap dan cukup petah. Bercakap pun tak pelat. Kata-kata dia cukup tersusun, tak macam umur lima tahun," ujar Safuan yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Su dengan anak buahnya itu. Rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi ruangan balas posting berkenaan. "Budak-budak kalau diprovoke, kalau tak kena time memang jadi gini la salah satu nya. Aku selalu gak buat kat anak buah aku," tulis @azriisukorr. "Rindunya nak sakat my nieces macam ni. Selalu buat diorang nangis," tulis @asmazrai. "Perangai macam aku. Suka sakat budak sampai dia nangis," tulis seorang lagi pelayar Twitter. View this post on Instagram Boleh buat alarm subuh ? #janganseriussangat #mstarkongsi #mstaronline #eemstar ? @safuandude A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 12, 2019 at 6:30am PDT