suria

“Saya pakai baju terang untuk tarik perhatiannya” - 8 kali dipatuk, lelaki ini masih 'steady' bergambar dengan ular

Potret raya Hafiz bersama salah seekor ular yang dijaganya di Taman Ular Perlis.

MERAKAM potret bersama keluarga menjadi acara wajib setiap kali tibanya Syawal.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang penjaga ular yang membuat kelainan sempena Aidilfitri kali ini.

Muhamad Hafiz Alias, 28, menarik perhatian ramai apabila dia merakam potret raya bersama seekor ular tedung selar berukuran 12 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak 'photoshoot' kediaman jiran rentung, “Dia kata sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya”

ARTIKEL BERKAITAN: "Arwah dah ready, dah ada baju untuk lima bulan, tapi photoshoot hanya bayangan bersama keluarga"

Mesra disapa Hafiz, dia mengakui bersyukur apabila idea untuk suka-suka itu berjaya direalisasikan pada Isnin lalu.

Antara foto yang dirakam di Taman Ular Perlis pada Isnin lalu.

"Saya dah lima tahun dalam bidang ni. Tapi sewaktu kecil, umur lima tahun, saya selalu ikut ayah buat persembahan ular. Dulu ayah pun kerja di Taman Ular Perlis.

"Idea untuk rakam gambar raya ni datang tiba-tiba sahaja. Sebelum ni tengok orang post gambar raya dengan keluarga, saya terfikir untuk buat kelainan.

"Masa photoshoot tu, saya bersama seekor ular tedung selar sahaja. Semuanya berjalan lancar dengan bantuan rakan-rakan sekerja di situ," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Bercerita lanjut mengenai sesi berkenaan, dia yang turut dikenali sebagai Hafiz King Snake berkata, penggambaran itu berjaya dilakukan dalam tempoh sekitar satu jam sahaja.

Hafiz sudah lima tahun bertugas di Taman Ular Perlis.

Malah, proses itu juga tidak begitu sukar kerana dia sendiri sudah memahami sifat ular itu, namun menegaskan aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan.

"Waktu photoshoot ada juga kakitangan taman ular yang lain, kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya mereka ada.

"Saya tanya kawan-kawan, mereka suruh pakai baju warna terang untuk tarik perhatian ular.

"Ular ni kalau kita banyak bergerak, dia akan attack ikut pergerakan kita," katanya lagi.

Cik ular tu sahih terpegun. Tak pernah-pernah pakai baju Melayu, main dengan dia.

NETIZEN

Jelasnya lagi, ia merupakan pengalaman pertama melakukan sesi photoshoot dengan ular.

Sepanjang kerjaya, Hafiz mendedahkan pernah dipatuk ular sebanyak lapan kali.

Hafiz kelihatan cukup selesa berinteraksi dengan haiwan berbisa itu.

Sementara itu, perkongsian foto-foto berkenaan di Facebook Hafiz menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 1,000 tanda suka.

Malah, rata-rata netizen turut meninggalkan komen pada posting itu.

"Cik ular tu sahih terpegun. Tak pernah-pernah pakai baju Melayu, main dengan dia," tulis Nun Dwisha Craft.

"Ular tu tak dak baju raya ka?" soal Jebat Derhaka secara berseloroh.

"Ular pun pandai posing," tulis seorang lagi pelayar Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain