"Guru ibarat lilin, membakar diri bagi menerangi insan lain." Begitulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan usaha seorang guru mendidik anak murid tanpa penat lelah sehingga berjaya menjadi insan berguna. Dalam penat lelah pengorbanan guru memberi ilmu, ternyata kehadiran mereka di sekolah sentiasa dinanti-nantikan oleh anak didiknya. ARTIKEL BERKAITAN: Cuci najis hadiah paling bermakna Hari Guru, “Terima kasih cikgu, cebokkan Ali tadi” ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kikis stigma Sejarah bosan, mengantuk... guru sanggup pakai kostum Flinstones, Indiana Jones ketika mengajar Melissa antara murid kesayangan Khairil. Sebuah video menunjukkan telatah pelajar perempuan sedang menangis gara-gara guru kesayangannya tidak dapat hadir ke kelas kerana tidak sihat telah menarik perhatian netizen baru-baru ini. Hubungan akrab antara murid perempuan yang dikenali sebagai Melissa Sofea Azlan Abdullah Ng dengan gurunya, Muhammad Khairil Afiq Kamaruzzaman membuatkan anak kecil itu sentiasa ternanti-nantikan kehadiran guru kesayangannya setiap hari di kelas. "Minggu lepas, saya terpaksa ambil cuti kerana kaki bengkak dan tidak dapat mengajar untuk satu hari. "Kawan saya yang juga seorang pengajar di sekolah yang sama merakam dan menghantar video Melissa menangis sebab saya tidak hadir pada hari berkenaan. Sebenarnya itu bukanlah kali pertama dia menangis kerana sebelum ini pun pernah terjadi seperti itu. "Ibu Melissa ada beritahu pada saya, setiap kali saya tak dapat mengajar disebabkan cuti sakit atau hal penting, dia akan menangis di kelas. Di rumah pun dia akan menangis apabila mengadu pada ibunya," demikian kata guru berkenaan sambil menambah hati kanak-kanak comel itu juga begitu mudah tersentuh. Lukisan yang dilukis oleh Melissa buat guru kesayangannya, Khairil. Bukan itu sahaja, Melissa yang berumur enam tahun juga sering memberikan nota-nota kecil dan lukisan kepada guru kesayangannya itu sebagai tanda kasih. "Dia selalu berikan saya nota-nota kecil bertulis 'I love you Sir Khairil' setiap kali saya masuk ke kelas. Tak terkira dah nota-nota yang dia dah bagi sebab banyak," ujarnya yang mula berkhidmat di Tadika Little Caliph di USJ 15 sejak Disember tahun lepas. Kata Khairil, setiap lukisan yang diberikan pasti akan ada lakaran dirinya dan ditambah dengan corak bunga-bunga serta hati. "Selain nota-nota dan lukisan, dia juga ada berikan saya cenderahati seperti keychain setiap kali balik dari bercuti di luar negara," kata anak didik penyanyi Asfan Shah ini. Guru yang mesra dipanggil Khairil juga akui keperibadian Melissa yang penyayang dan peramah itu sangat disukai rakan sekelasnya. Netizen memberi komen pada posting Khairil di laman Instagram. Dalam pada itu, video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Khairil mendapat hampir 5,000 tontonan. Video tersebut menunjukkan Melissa menangis teresak-esak selepas mendapat tahu guru kesayangannya tidak hadir ke kelas kerana tidak sihat. Ibu Melisa ada beritahu pada saya, setiap kali saya tak dapat mengajar disebabkan MC atau hal lain, dia akan menangis di kelas. Di rumah pun dia akan menangis apabila mengadu pada ibunya. MUHAMMAD KHAIRIL AFIQ KAMARUZZAMAN Rata-rata pengguna Instagram turut memberi pelbagai reaksi menerusi komen terhadap posting di akaun Khairil. "Apabila ada masa lapang, saya akan lihat semula video tersebut dan jujurnya, saya sangat tersentuh dan sedih. "Budak-budak ni tak pandai menipu.. daripada reaksi muka dah jelas nampak keikhlasan mereka," katanya. View this post on Instagram Anak murid trsayang ? A post shared by @nak_senim@n ? ? ? (@aeril_afiqofficial) on Jun 12, 2019 at 3:42am PDT