suria

Dapat hadiah IC lama, Mufti WP imbau memori zaman sekolah "Kami mandi sungai, main layang-layang, galah panjang, gasing..."

(gambar kanan) Gambar kad pengenalan lama milik Zulkifli. Foto instagram drzulkifli.albakri

KALAU dilihat sekali imbas, tentunya sukar dijangka siapakah anak muda di dalam gambar atas? Namun sebenarnya, di sebalik wajah tampak serius itu terserlah personaliti yang disegani dalam kalangan masyarakat hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Safiey Ilias pakai bikini, Mufti WP tulis surat terbuka ajak 'mengeteh'

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti WP Titip Tiga Pesanan Buat Pedoman Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa

Itulah gambar kad pengenalan lama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dihadiahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas beliau mengadakan kuliah Zuhur di Surau Al-Mawaddah di JPN, Putrajaya pada Rabu.

Gambar kad pengenalan lama Zulkifli. Foto instagram drzulkifli.albakri

Zulkifli berkata, satu gambar biasanya merakamkan 1,001 sejarah di sebaliknya dan gambar kad pengenalan lama itu sebagai kejutan hadiah yang tidak dijangka beliau.

"Saya menerima hadiah yang tidak disangka-sangka oleh JPN selepas kuliah Zuhur. Terharu, gembira dan sebak bercampur baur dalam hati ini. 

Itulah sejuzuk daripada memori yang masih terpahat sehingga kini. Setiap kali memandang gambar ini, saya pasti akan tersenyum

ZULKIFLI

"Teringat kenangan suasana di kampung bersama sahabat handai. Dunia kanak-kanak yang sentiasa menggembirakan dengan keletah masing-masing," katanya menerusi perkongsian di laman sosial instagram miliknya.

Zulkifli (tiga, kiri) menerima hadiah berupa gambar kad pengenalan lamanya daripada JPN.

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak, Zulkifli yang kini berusia 50 tahun dan berasal dari Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu berkata, pelbagai aktiviti dilakukan bersama rakan-rakan selepas tamat waktu persekolahan.

"Selesai waktu persekolahan yang dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh untuk ilmu, kami mandi sungai, main layang-layang, main biji saga, galah panjang, gasing, sepak takraw.

"Itulah sejuzuk daripada memori yang masih terpahat sehingga kini. Setiap kali memandang gambar ini, saya pasti akan tersenyum. 

"Terima kasih JPN kerana mengembalikan semula memori ini," ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain