suria

“Landak laut pun saya makan” - Jurutera kecapi nikmat walau lakukan 'pengkhianatan' cicah lemang dengan nutella, serunding

Kata Fikri, dia hanya mencuba kombinasi hidangan itu secara suka-suka sahaja.

JIKA sebelum ini tular kisah kurma yang dicicah mentega, kali ini juadah tradisi lemang yang dimakan dengan nutella dan serunding ikan mencuri perhatian warga maya.

Perkongsian mengenai kombinasi juadah yang dianggap melanggar 'hukum alam' itu dikongsi menerusi laman Twitter dan ia ternyata menerima pelbagai reaksi.

Menurut tuan empunya badan, Mohd Fikri Abdul Mutalib, dia agak terkejut saat pertama kali mencuba hidangan gabungan 'eksperimen'nya itu pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali pertama cuba, semua terus senyum lebar” - Perantau kongsi cara mudah makan kurma yang rasanya ‘enak bukan kepalang’

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi sedap daripada nira kelapa! Warga Bangladesh cetus idea hasilkan nira kurma

"Pada hari tu saya baru balik kerja, nampak gerai lemang, jadi saya pun beli.

"Balik ke rumah, ada nutella atas meja. Saya secara suka-suka sahaja cicah lemang dengan serunding ikan bersama nutella.

"Tak sangka sedap dan saya pun suka. Agak terkejut rasa dia sedap. Tak adalah geli nak masuk tekak, rasa manis-manis masin macam tu," ujar pemuda berusia 27 tahun itu sewaktu dihubungi mStar.

Tekak saya dah terbiasa dengan benda-benda yang dianggap pelik. Landak laut pun saya makan.

MOHD FIKRI ABDUL MUTALIB

Menurut jejaka Bajau kelahiran Semporna, Sabah itu, dia sebenarnya sudah terbiasa menjamu hidangan yang dianggap pelik oleh sesetengah individu.

Malah, dia mengakui dirinya tidak memilih dalam aspek makanan dan sentiasa terbuka untuk mencuba kelainan.

Antara komen yang diterima berhubung kombinasi juadah itu.

"Saya membesar selalu makan makanan tradisional, makanan laut mentah dan sebagainya.

"Tekak saya dah terbiasa dengan benda-benda yang dianggap pelik. Landak laut pun saya makan.

"Lemang cicah nutella dan serunding tu saya cuba secara spontan sahaja. Saya pun suka-suka kongsi di Twitter, tapi ramai pula yang komen," ujarnya lagi.

Paparan skrin perkongsian Fikri di Twitter.

Sudah empat tahun berkelana di semenanjung, jurutera di sebuah syarikat swasta di ibu negara itu mengakui sedar dengan kritikan yang diterimanya di media sosial.

Jelas Fikri, dia menganggap komen-komen yang ditinggalkan berhubung kombinasi juadah itu sebagai sesuatu yang menghiburkan untuknya.

Antara yang mencuri tumpuan, ada netizen yang menganggap ia sebagai 'pengkhianatan terbesar' dalam tatacara makanan tradisional.

"Chill sekarang orang pun makan nasi dengan oreo kisar," tulis @danialpunkaster.

"Awak tak try lagi campur Boba. Letak Boba tu dalam pulut then gulungkan. Lepastu cicah dengan choc and serunding. Kalau nak lagi best letak melt cheese and walahh," tulis @fasvii pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan