"MULA-mula minta ikhlas, lepas tu minta lagi RM20," kongsi seorang wanita dan keluarganya yang mendakwa mereka telah dipukau. Jika sebelum ini banyak kisah wang atau barang kemas hilang tanpa sedar akibat dipukau orang yang tidak dikenali, kali ini seorang wanita, Ruhil Afiqah Omar memuat naik perkongsian di Facebook mengenai pengalaman adiknya yang didakwa dipukau oleh seorang penjual ayat-ayat al-Quran di Batu Pahat, Johor pada Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Lelaki ini nyaris 'lesap' RM1,500 gara-gara nak beli TV terlajak murah di aplikasi e-dagang ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dikata berhantu, warga emas dipukau, rugi RM10,000 Menurut Ruhil, kejadian berlaku di kawasan sebuah pusat beli belah di daerah itu pada Selasa. Ruhil memuat naik kisah pengalaman dipukau. "Mula-mula minta ikhlas, dia hulur kad ayat al-Quran... bila kita pun hulur ikhlas, dia minta lagi RM20. "Lepas tu (lelaki itu) terus jalan," tulisnya di laman Facebook. Menurut Ruhil, selepas insiden itu mereka memasuki kereta dan masing-masing memegang kad ayat tersebut. "Rupanya semua terkena, ada yang terkena sehingga RM40. Perkongsian Ruhil Afiqah mendapat pelbagai komen daripada netizen di Facebook. "Kebetulan ada polis ronda, jadi kami beritahu apa yang terjadi. 'Si Bhai' tu dah takut dan lari, tapi kami tak puas hati dan terus kejar sampai dapat. "Kami minta balik duit dan cakap you tipu berapa ramai. Dia hanya ketawa dan pulangkan duit. "Zaman sekarang nak sedekah pun kena tengok orang juga," jelas Ruhil yang berharap orang lain tidak terkena sepertinya. Postingnya itu turut menarik pelayar-pelayar Facebook lain yang mendakwa turut berkongsi pengalaman sama.