SETIAP individu yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya menyimpan memori saat pertemuan kali pertama dengan keluarga bakal mentua. Ada yang segan, gementar malah ada juga yang berpeluh-peluh dalam menghadapi situasi 'getir' penuh debaran itu. Di Twitter misalnya, perkongsian seorang bapa dengan dua cahaya mata mengenai pertemuan pertama dengan keluarga mentuanya suatu ketika dahulu ternyata mencuit hati netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan” ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja” Menurut Rahazif Mat Rashid, pertemuan yang berlangsung sekitar 2013 itu masih segar dalam ingatannya. Keluarga besar Rahazif dan isterinya, Nur Zaitulsyima. "Masa tu saya pergi beraya. Memang nervous dan berpeluh-peluh, cakap pun sepatah-sepatah. "Ingatkan ada mak ayah dia je, rupa-rupanya adik beradik dia pun ada. Sembang pun tak sembang sangat, terus ke meja makan. "Masa tengah makan pengat pisang, ayah dia tanya kenapa berpeluh? Saya jawab pedas. "Terus semua gelak sebab jawapan saya. Tapi lepas dialog tu, rasa gementar pun makin kurang," ujar bapa berusia 35 tahun itu sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu. Kalau dah plan siap-siap dialog pun, biasanya tak menjadi. Skrip pun berterabur sebab berdebar. RAHAZIF MAT RASHID Mendirikan rumah tangga dengan Nur Zaitulsyima Arriffin yang seusia dengannya pada Ogos 2013, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Razin, 4, dan Aisyah Zahirah, 2 tahun. Menurut Rahazif lagi, mana-mana individu yang berhasrat untuk mengenali keluarga mentua perlu pandai membawa diri. "Apa yang penting kena jadi diri sendiri. Kena faham budaya keluarga mereka dan berpakaian kemas. "Kalau dah plan siap-siap dialog pun, biasanya tak menjadi. Skrip pun berterabur sebab berdebar. Perkongsian tular Rahazif di Twitter. "Sama macam exam la. Dah hafal siap-siap, masa nak jawab dah tak ingat," ujarnya berseloroh. Dalam pada itu, perkongsian Rahazif di Twitter menarik perhatian ramai apabila posting miliknya menerima lebih 30,000 ulang kicau (Retweet). Malah, rata-rata netizen turut menghujani posting itu dengan komen-komen mereka. "Dulu husband I first time datang rumah jumpa family, I buat spaghetti bolognese je kot, peluh kemain sampai habis tisu kat meja," tulis @azreenazlan. "My bf pun macam tu. Dia kata tak sempat kunyah terus telan makanan hahahhah," tulis @officialmediana. "Tweet ni membuatkan aku tak jadi pergi rumah dia. Risau kebodohan aku terserlah nanti," tulis seorang lagi pelayar Twitter.