DIKENALI sebagai individu yang suka mengenakan mekap dan cukup menjaga penampilan, namun siapa sangka dia seorang wanita yang pengotor. Begitulah perkongsian seorang individu di media sosial mengenai seorang penyewa wanita yang cukup mengejutkan dirinya. Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, individu berkenaan memuat naik beberapa keping gambar di bahagian dalam rumah berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sangka sangat teruk sampai macam tu” - Rumah baru beli 2 tahun 'hancur berkecai', penyewa lesap! ARTIKEL BERKAITAN: Seorang 'complain', ramai lagi nak sewa homestay tak ada dinding! “Walau belum siap, ramai dah booking biliknya” "Sakit jantung abang pagi ni. Disebabkan ada kerosakan paip, air dari sistem pembentungan melimpah keluar. So abang terpaksa masuk bilik penyewa ni. "Dah minta izin, tapi dia macam berat sikit la nak bagi masuk. Katanya bersepah. Ni bukan bersepah dah ni tapi ni rumah sampah," tulisnya. Foto yang dimuat naik ternyata mengundang kecaman ramai. Menerusi posting itu, jejaka berkenaan mengakui sedih, sakit hati dan kecewa memikirkan hal itu. Malah, dia juga tidak menyangka penyewa wanita berkenaan mempunyai sifat pengotor, berbeza dengan penampilannya luarannya. Aiyooo teruknya... Bersih lagi bilik aku... siapa perempuan ni. Elok ada pic supaya dapat elak dari terkahwin dengan dia... Bahaya. NETIZEN "Ni penyewa yang masih menyewa dan sangat teruk tahap pengotor dia. "Dan paling sedih dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya tapi pada hakikatnya? Please la jangan kahwin dengan dia ni," tulisnya lagi. Bercerita lanjut mengenai situasi bilik itu, dia berkata, pakaian dalam dan makanan turut disepahkan di sekeliling rumah. Lebih teruk, tuala wanita juga dibuang di atas lantai sahaja. Keadaan kotor bilik wanita tersebut. "Korang tengok la dalam setiap gambar. Boleh bayangkan tak manusia hidup dengan setan macam mana? "Abang cukup-cukup jaga rumah aku supaya tak ada maksiat, supaya tak ada benda tak elok yang berlaku. Supaya kita hidup sama-sama macam adik dan kakak. "Sebab kita di bawah satu bumbung yang sama. Aku tak pernah berkira dari mula masuk sampai la sekarang. "Adoi lah, nak dirotan kang anak orang. Harap abang ceramah kat WhatsApp dia boleh sedar la kan. Ke nak abang hantar suara azan kat voice WhatsApp sekali?" tulisnya lagi.' Foto-foto keadaan rumah yang mendapat kecaman netizen. Dalam pada itu, pelayar Facebook turut meninggalkan komen mereka di posting berkenaan. Malah, ramai yang turut mengecam sikap pengotor penyewa wanita itu. "Aiyooo teruknya... Bersih lagi bilik aku... siapa perempuan ni. Elok ada pic supaya dapat elak dari terkahwin dengan dia... Bahaya," tulis Luj Luj. "Serious arrr.. Tak boleh brain macam mana dia boleh tidur dengan sampah... Lipas semut tikus takde ke dalam tu?" tulis seorang lagi netizen.