suria

Tiada siapa basah! Rakan dukung, murid istimewa pegang payung dalam hujan lebat... Ini mesej guru yang ibu bapa perlu tahu!

Seorang pelajar perempuan mendukung seorang rakan perempuannya yang merupakan pelajar pendidikan khas.

BUKAN mudah untuk melayan anak-anak istimewa seperti penghidap autisme, justeru apabila individu bukan darah daging bersikap prihatin terhadap mereka, ia begitu menyentuh emosi.

Menerusi sebuah video pendek yang tular di media sosial, seorang pelajar dilihat sedang berjalan bersama seorang rakannya ketika hujan lebat.

Hati seorang guru tersentuh apabila perempuan itu, yang juga pelajarnya gigih mendukung rakannya itu yang merupakan pelajar pendidikan khas.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh beri ucapan, budak autisme ini luah perasaan 'saya bukan budak suruhan'

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Dihalau Kerana Anak Autisme, Ini Jawab Si Ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat setia YB KJ dapat anugerah individu autisme terbaik!

Lebih menyentuh hati, pelajar keperluan khas itu pula dilihat memegang payung bagi melindungi mereka berdua daripada terkena hujan lebat.

Keakraban itu bukan sahaja menunjukkan nilai murni yang baik, malah memberi pemahaman kepada ibu bapa kepada anak-anak istimewa bahawa masih ada insan yang prihatin terhadap anak mereka.

“Kejadian sewaktu hujan lebat awal pagi tadi, yang didukung itu murid saya, murid pendidikan khas, tapi yang mendukung tu murid kelas arus perdana.

“Saya berkongsi video ini kerana saya mahu ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas yakin dan percaya bahawa masih ramai insan yang prihatin pada anak-anak tuan puan.

“Sesungguhnya mereka adalah anugerah Allah untuk kita semua, menyantuni mereka dalam apa jua cara,” ujar Maslika Ramli yang berkongsi video tersebut di halaman Facebook ‘Autisme Malaysia’ pada minggu lalu.

Perkongsian seorang guru pendidikan khas yang menyentuh emosinya.

Menerusi perkongsian berasingan di halaman Facebook miliknya, Maslika memberitahu sebagai guru pendidikan khas, dia berasa bahagia mengajar anak-anak istimewa yang sering dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.

“Kami tak mampu melahirkan anak didik yang setiap tahun menggemparkan sejarah sekolah dengan kejayaan cemerlang, tapi kami bangga andai anak didik kami mampu memegang pensil untuk menulis, mampu membaca setelah cikgu-cikgu lain merungut tentang murid-murid sudah berumur belasan tahun tidak mampu membaca.

“Malah kami bangga dengan kejayaan kecil anak-anak didik, yang asalnya tidak tahu memegang senduk, pisau, gunting malah lain-lain alatan dengan betul,” ujarnya.

Jangan dibangga dengan kesempurnaan kita, andai Allah menarik nikmat yang diberi sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran malah percakapan, kita pun tergolong dalam kalangan orang istimewa

MASLIKA

Menurut Maslika, dia merupakan sebahagian daripada komuniti kecil, dalam kalangan pengetua, guru-guru kanan, guru akademik, guru hal ehwal murid (HEM), guru kokurikulum, guru disiplin, penjaga, pengasuh, ibu bapa dan saudara-mara kepada anak-anak istimewa.

“Malah kamilah teman bergaduh anak-anak didik kami. Tak perlu pandang hina pada anak-anak istimewa kerana kita tak tahu di mana penghujung jalan cerita kita.

“Jangan dibangga dengan kesempurnaan kita, andai Allah menarik nikmat yang diberi sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran malah percakapan, kita pun tergolong dalam kalangan orang istimewa,” katanya sambil menambah dirinya berbangga menjadi guru pendidikan khas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain