suria

Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal… Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang “Lafaz kedua, salam makin ketat…”

Insiden kepala seorang kanak-kanak tersangkut di beranda masjid semasa majlis akad nikah hendak bermula. Foto Twitter Khairulazlannn

GABRA atau darah gemuruh pastinya dirasai setiap insan yang bergelar pengantin terutama bagi yang lelaki ketika melafazkan akad nikah.

Suasana sunyi sepi seketika pada majlis pernikahan dan semua hadirin tertumpu kepada pengantin lelaki dan tok kadi apabila hanya suara mereka yang kedengaran.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun tunggu, bekalan elektrik terputus malam pernikahan... Pengantin 'on' nikah, “kami dah sedia, tak kisahlah blackout pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran hangus sejam selepas siap, tapi semasa kemas rumah pengantin tak sangka terjumpa sesuatu yang istimewa

Tapi lain pula kisah seorang pengantin apabila bunyi teriakan yang begitu nyaring bergema di sebuah masjid semasa acara akad nikah baru bermula.

“Buat hal kau dik kepala tersangkut,” menurut keterangan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Twitter @khairulazlannn.

Visual itu menunjukkan pengantin lelaki dan tok kadi mahu memulakan akad nikah sebelum rakaman beralih kepada seorang budak lelaki menangis gara-gara kepalanya tersangkut pada beranda masjid, sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan beberapa hadirin pada majlis berkenaan.

Perkongsian di akaun twitter @khairulazlannn sehingga menjadi tular.

Pengantin lelaki, Ahmad Shafi Aidil Munazli berkata, insiden tersebut berlaku semasa majlis akad nikah di Masjid Cina Melaka di Krubong, Melaka pada Jumaat lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui punca seorang budak menangis kerana insiden itu berlaku di belakangnya yang ketika itu berdepan tok kadi.

“Masa tu saya dan tok kadi baru nak mula akad nikah. Saya dengan rasa gemuruh, gementar semua ada, tapi cuba nak fokus nak cepat selesaikan ‘part’ ni.

“Tengah nak fokus, tiba-tiba terdengar bunyi menangis kuat kat belakang. Saya fikir mungkin budak tu menangis kerana terjatuh selepas berlari,” katanya kepada mStar.


Aidil semasa akad nikah. Foto ihsan Ahmad Shafi Aidil Munazli

Anak jati Shah Alam, Selangor itu hanya mengetahui kejadian sebenar membabitkan anak salah seorang hadirin selepas selesai majlis pernikahan apabila diberitahu rakan-rakan.

“Bayangkanlah... bukan setakat berpeluh gementar, belum duduk pun rasa nak menangis sebab memikirkan tanggungjawab yang amat besar untuk saya pikul apabila bergelar seorang suami. Alhamdulillah, saya sudah bersedia.

“Tapi tu lah, tengah nak beri tumpuan... ada bunyi budak menangis pula. Selama ni datang majlis akad nikah orang semua senyap dan tenang. Bila tiba masa saya nak nikah terus riuh tapi nasib baik masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Aidil dan isterinya bersama rakan-rakan selepas majlis pernikahan di Masjid Cina Melaka.

Lebih mesra dengan panggilan Aidil, anak ketiga daripada empat beradik itu mengakui rasa berdebar-debar tu membuatkan dia dan pasangannya yang dikenali sejak di bangku sekolah disatukan dengan dua kali lafaz nikah.

Masa lafaz pertama, salam tangan tok kadi macam biasa. Masa lafaz kedua, salam makin ketat... bila dah selesai, sebelah tangan saya menggigil.

AIDIL

Menyedari nama pasangannya yang dikenali sejak 13 tahun lalu semasa kedua-duanya belajar di tahun enam di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam begitu panjang, Aidil mengambil inisiatif untuk berlatih melafazkannya berulang kali sebagai persediaan sebelum majlis akad nikah.

“Nama pasangan saya agak panjang, Syazatul Syaqila Syamira Mohd Yusof. Jadi, saya berlatih sebut nama dia banyak kali.

“Tapi bila majlis sedang berlangsung, saya jadi gemuruh dan berpeluh, ditambah pula bunyi budak menangis menyebabkan tumpuan agak terganggu,” ujarnya.

Aidil dan pasangannya bercinta sejak di bangku sekolah.

Dia yang bertugas sebagai pembantu operasi di Shah Alam itu mendedahkan perasaan berbeza setiap kali melafazkan nikah kali pertama dan kedua sehingga selesai.

“Masa lafaz pertama, salam tangan tok kadi macam biasa. Masa lafaz kedua, salam makin ketat... bila dah selesai, sebelah tangan saya menggigil. 

“Tapi syukur Alhamdulillah kerana saya telah bergelar suami kepada pilihan hati. Tempoh 13 tahun bercinta bukan waktu yang singkat jadi pelbagai dugaan dan rintangan yang kami tempuhi bersama,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain