RAMAI yang boleh dan suka memandu kereta, tapi mencucinya belum tentu semua mampu! Dengan 'lambakan' servis cuci kereta di sana sini pada caj berpatutan, lebih mudah buat pemandu menghantar kereta mereka ke situ untuk dibasuh dan seterusnya nampak bersih dan berkilat seperti baharu. Naumn, segelintir pemandu masih menggunakan kudrat sendiri untuk membersihkan kereta seperti seorang pemuda ini apabila kisahnya tanpa disangka-sangka tular di media sosial. “Aku baru lepas vakum, baru lepas lap semua interior kereta tu. Ya Allah sabarlah ada adik macam hang ni,” katanya menurut perkongsian di laman sosial dengan memuat naik dua gambar, salah satunya menunjukkan mi goreng tumpah di dalam kereta dan sekeping lagi memaparkan adik perempuannya sedang makan mi sebelum insiden itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi bazar! Apa yang pelanggan lakukan buat peniaga air balang terharu, “Yang patahnya meja, tapi semangat saya tak patah” ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ini dedah kenapa sanggup balik, kemudian datang semula semata-mata nak beli minuman di gerai air balang tumpah Abang kanak-kanak berkenaan, Ahmad Wafi M Hairol Kamal berkata, insiden berlaku pada tengah hari Jumaat minggu lalu semasa dia memandu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput adik bongsunya, Aula di sekolah. Perkongsian Wafi di Twitter mengenai tumpahan mi goreng di dalam kereta. Pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu dia telah membersihkan bahagian dalam kereta milik bapanya termasuk memvakum karpet dan mengelap tempat duduk kulit kenderaan itu. “Bila sampai di sekolah, adik bongsu bawa bekas makanan berisi mi goreng pemberian seorang rakannya. Baru lima minit dalam perjalanan balik ke rumah, seorang lagi adik yang menemani saya menjerit. “Dia kata ‘abang, tengok kiri!’. Sebaik saja pusing ke kiri, saya memang terkejut apabila mi goreng tu tumpah selambak di sekitar bahagian brek tangan termasuk karpet kereta. “Masa tu terdiam sebab baru saja bersihkan bahagian dalam kereta tu. Tak tahu nak terkejut ke nak sedih atau kelakar, semua rasa ada, ” katanya kepada mStar. Aula menikmati mi goreng pemberian rakan sekolah. Wafi bagaimanapun menafikan dakwaan netizen bahawa insiden tumpahan mi goreng itu sengaja direka untuk dijadikan gurauan atau prank bagi menyakat adiknya yang merupakan murid tahun empat itu. “Itu bukan prank, sebab masa kejadian saya memang ada brek mengejut sedikit bila lori di hadapan kami lebih dulu brek mengejut. “Tak sangka pula adik makan kat tengah tu. Penutup bekas makanan tu pula licin, jadi bila brek bukan mengejut pun kalau tak pegang elok-elok akan terjatuh,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu. Posting saya tu sekadar nak menyakat adik saja. Biasa lah abang-abang kan, suka menyakat adiknya. Tapi saya juga seorang abang yang penyayang WAFI Dia yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan bahawa tiada sebab untuk bergurau ketika itu kerana bukan mudah untuk membersihkan bahagian dalam kereta. “Nampak senang, tapi bukan kerja mudah nak bersihkan di bahagian dalam. Saya ambil masa kira-kira 20 minit untuk lap tempat duduk kulit dan vakum karpet. “Tak sampai dua jam lepas saya bersihkan, dah kotor balik sekali pakej dengan berminyak dan bau mi goreng,” katanya secara berseloroh. Walaupun suka menyakat, Wafi begitu penyayang terhadap adik-adiknya. Wafi bagaimanapun memahami keadaan itu dan tidak memarahi adiknya, sebaliknya berasa kasihan kerana adiknya rasa bersalah selepas kereta itu kotor semula. “Posting saya tu sekadar nak menyakat adik saja. Biasalah abang-abang kan, suka menyakat adiknya. Tapi saya juga seorang abang yang penyayang. “Buktinya, adik hanya kutip mi yang tumpah tapi saya yang kena cuci semula bahagian dalam kereta tu. Nak cucinya lebih susah sebab nak kena sental kuat siap pakai pencuci pinggan bagi hilang minyak dan bau mi goreng. Berpeluh jugalah buat, tapi puas hati,” katanya.