BENARLAH kata orang cinta tidak mengenal paras rupa. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan itu dianggap sebagai satu keistimewaan. Ungkapan ini tepat bagi menggambarkan situasi yang dialami Wan Nuriha Wan Adenan, 19, yang tidak malu memilih Nadzriel Shazran sebagai teman lelakinya meskipun jejaka itu dilahirkan tanpa tangan kiri. Kisah percintaan pasangan ini tular di media sosial selepas Wan Nuriha atau lebih mesra disapa Nuha berkongsi video momen indah sambutan hari lahirnya yang ke-19 pada Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: "BFF isteri, bekas teman wanita saya..." Tak pelik tapi itulah realiti ARTIKEL BERKAITAN: Terpandang bapa, anak tak jadi sedih walau tiada iPhone XS Max, "Orang pernah panggil ayah Doraemon" Nuha ketika dihubungi mStar mengakui dia dan Nadzriel yang dikenali sebagai Eby merupakan kawan rapat sebelum menjadi pasangan kekasih. "Kami satu fakulti di Universiti Teknologi Mara (UiTM Dungun) jadi dah kenal lama. Memang kami selalu WhatsApp pun sebelum ni sebab kawan-kawan. Kami cakap pun gurau-gurau kasar. "Tiba-tiba masa birthday Nuha 5 April lalu dia cakap dia suka dekat Nuha. Ingat dia bergurau je sebab sebelum tu pun dia selalu buat pickup line. Tapi dia cakap dia dah lama suka dan baru berani nak beritahu," katanya. Nuha membuat kejutan hari lahir kepada Eby pada Sabtu lalu. Nuha yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Pejabat mengakui dia menerima cinta Eby selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan jejaka berusia 19 tahun itu. "Bila dah lama berkawan kita boleh nilai dia jenis orang macam mana. Dia layan kita baik dan lebih menghargai orang di sekelilingnya. Dia juga kelakar, rajin dan bersemangat untuk belajar. "Saya tak malu setiap kali apabila keluar dengan dia. Bagi saya dia tiada kekurangan. Saya terima dia seadanya. Walaupun dia kurang upaya dia boleh buat semua benda macam orang normal," katanya. Bercerita lebih lanjut mengenai diri Eby, gadis berasal dari Kemaman, Terengganu itu berkata teman lelakinya itu seorang yang suka merendah diri dan aktif bersukan. "Disebabkan keadaannya tanpa tangan kiri sejak lahir dia lebih suka merendah diri. Tapi saya bangga dengan dia kerana dia ada kelebihan berbanding kita yang normal ini. "Dia aktif bermain bola tampar di universiti. Dia juga main futsal dan bola sepak macam biasa. Saya sendiri pun tak boleh terfikir macam mana dia nak main semua tu. Antara komen netizen yang sebak melihat video tersebut. "Eby juga boleh memandu. Dia akan menggunakan tangan palsu. Tapi dia beritahu lebih selesa menggunakan tangan sedia ada jika melakukan perkara lain," katanya. Nuha turut terkilan dengan kritikan netizen yang menganggap dia menerima Eby disebabkan paras rupa dan berharta. "Bila baca komen negatif kami berdua macam tak sedap hati nanti apa orang cakap dekat family kami. Saya tak malu setiap kali apabila keluar dengan dia. Bagi saya dia tiada kekurangan. Saya terima dia seadanya. Walaupun dia kurang upaya dia boleh buat semua benda macam orang normal. WAN NURIHA WAN ADENAN. "Saya pelik jugalah mereka (netizen) tak kenal pun kami tapi cakap seolah-olah macam kenal kami. Terkejut jugalah sebab mereka buat andaian sendiri. "Kalau dia ada paras rupa pun kalau layan kita tak baik, sudah tentu kita tak boleh terima juga kan," katanya. Bagaimanapun Nuha berkata Eby menasihatinya supaya tidak mengendahkan komen negatif tersebut. "Dia sebenarnya dah biasa orang cakap macam-macam dekat dia. Dia kata dah lali. Biarlah mereka nak kata apa pun. Lagipun mereka tak kenal kami siapa," katanya. Nuha dan Eby merupakan pelajar di UiTM Dungun, Terengganu. Ditanya mengenai jodoh mereka, anak ketiga daripada lima beradik itu enggan terlalu memikirkan perkara itu buat masa ini. "Kami nak fokus belajar dulu dan mahu banggakan keluarga kami. Pasal jodoh tu biar Allah tentukan. "Lagipun kami baru sahaja berusia 19 tahun. Perjalanan pun masih jauh lagi. Kami tengah final exam sekarang. Jadi minta anda semua doakan agar kejayaan kami," katanya. Video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik Nuha di Twitternya mengundang sebak netizen dan rata-rata mereka mendoakan hubungan mereka berkekalan. Sejak dimuat naik Sabtu lalu, posting Nuha dengan kapsyen ‘Happy Birthday Love, katanya "maaflah dah 19 tahun tiada tangan" mendapat 33,800 ulang kicau dan 38,400 tanda suka. View this post on Instagram Alololo sweetnya. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jenjang pelamin. Nanti makan nasi minyak jangan lupa jemput min tau? #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jun 26, 2019 at 4:12pm PDT