SEBUT sahaja filem seram Annabelle pasti ada yang tidak senang duduk... memang seram habis. Bayangkan jika patung berhantu itu turut berada bersama-sama dengan anda dan penonton lain di dalam pawagam semasa sedang menyaksikan filem tersebut. Apa yang akan anda lakukan? Sudah tentu ada yang terfikir nak lari keluar pawagam. Begitulah situasi melanda penonton di sebuah pawagam di Paradigm Mall Johor Bahru apabila dikejutkan dengan kehadiran seorang individu yang bergaya persis Annabelle. ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak sama warna rambut, Sailor Moon muslimah dikritik tak buat kaji selidik ARTIKEL BERKAITAN: Meninggal dunia dalam pawagam ketika tonton filem seram Annabelle Beberapa keping gambar seram individu tersebut dengan kapsyen 'Ni kalau Annabelle tengok pun dia lari ni' dikongsi seorang netizen sehingga mendapat 17,200 ulang kicau dan 9,400 tanda suka di Twitter. Posting seorang pelayar Twitter mengenai Kim mendapat perhatian ramai. Individu tersebut yang dikenali sebagai Kim Lee Tan mengakui dia berpakaian menyerupai Annabelle sekadar untuk suka-suka dan mahu menghiburkan orang ramai. "Ia berlaku tanpa dirancang. Saya rasa seperti mahu buat kerja gila dengan berpakaian menyerupai Annabelle. Saya hanya mahu buat orang ketawa, gembira dan seronok. "Saya lakukan untuk suka-suka. Seronok apabila melihat reaksi orang ramai. Ramai ketawa, beberapa orang lagi terkejut tetapi mereka tersenyum selepas itu. "Semua tertanya-tanya. Ada segelintir kanak-kanak menangis tapi tak boleh salahkan mereka. Solekan jurumekap berjaya membuatkan saya kelihatan menakutkan," katanya. Menurut bekas atlet MMA itu, dia tidak menduga kehadirannya yang duduk di kerusi pawagam sebelum filem ditayangkan mendapat perhatian ramai. "Perkara paling mengejutkan saya mereka semua ketawa sebelum filem bermula... ia amat kelakar. Malah ada yang ambil gambar bersama saya. Kim seronok melihat reaksi orang ramai terhadap karakter yang dibawanya. "Saya belajar kursus psikologi dan pra-perubatan. Jadi seronok melihat reaksi orang ramai terhadap karakter seperti Annabelle dan adiwira lain. "Namun berdasarkan pemerhatian saya, semua gembira dengan karakter saya tempoh hari," katanya. Bercerita secara terperinci mengenai tindakannya itu, Kim yang juga warga Filipina mendedahkan dia sebenarnya cosplayer bebas yang berpangkalan di Johor Bahru. "Saya dah lima tahun jadi cosplayer. Sejak kecil saya suka karakter watak adiwira seperti Captain America... Spiderman. Mengimbau kembali zaman 80-an, saya hanya boleh baca komik dan berimaginasi. Ia berlaku tanpa dirancang. Saya rasa seperti mahu buat kerja gila dengan berpakaian menyerupai Annabelle. Saya hanya mahu buat orang ketawa, gembira dan seronok. KIM LEE TAN Cosplayer "Saya sentiasa mahu berpakaian seperti adiwira. Kemudian Captain America mula ditayangkan di pawagam, jadi saya buat keputusan untuk memakai kostum watak itu menunggang Ducati sekitar JB hanya untuk suka-suka. "Kemudian ia jadi viral. Saya percaya sayalah orang pertama yang mulakannya sebelum jadi ikutan cosplayer lain. Dari situ saya terus memakai kostum watak sehingga hari ini," katanya. Orang ramai bergambar dengan Kim semasa menggayakan kostum watak Annabelle pada 28 Jun lalu. Ditanya mengenai cabaran semasa memakai kostum watak Annabelle, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia tidak mudah. "Saya disolek dalam masa dua jam. Ia juga kali pertama saya memakai kanta lekap berwarna biru. Saya turut dipakaikan kuku panjang dan tajam untuk memenuhi karakter itu. "Awalnya mata saya rasa pedih dan saya hilangkan kanta lekap itu semasa di pawagam. Tapi saya kelihatan amat menarik dengan bulu mata dan solekan di mata. Ia benar-benar kelihatan seperti mata anak patung. "Berkenaan kuku pula apa yang saya boleh katakan adalah bagaimana wanita boleh menaip mesej di telefon mereka dalam keadaan kuku panjang. Ia tidak mudah," katanya dalam nada berseloroh.