HASRAT tidak kesampaian, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang jejaka apabila baju yang diterimanya dari Singapura 'rosak' sebelum dapat dipakai. Menurut Danish Irfan Kuan, ia berlaku disebabkan kecuaian rakan baiknya, Muhammad Denial Hakim Ahmad Redzuan yang membuka bungkusan itu menggunakan sebilah pisau kecil pada Jumaat lalu. Video kejadian itu yang dimuat naik ke laman Twitter kemudiannya pantas menjadi tular sehingga menerima lebih 16,000 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi pagi raya, sempat pakai sejam je... Ayah kata “Dah tahu baju labuh nak bawa motor juga” ARTIKEL BERKAITAN: Punah! Lubang sempit, kain sendat... 7 sekeluarga 'menangis' tengok baju raya dikerjakan tukang jahit, “Patutlah ketuk pintu tak mau buka” Paling menarik perhatian netizen tentunya wajah selamba jejaka berusia 20 tahun itu yang kelihatan tenang biarpun baju berharga RM150 itu sudah terkoyak akibat plastik bungkusan ditoreh oleh rakannya dengan pisau. Keadaan baju tersebut yang koyak di bahagian poket. Mesra disapa Danish, dia berkata rakaman 'unboxing' itu dibuat untuk dihantar kepada rakannya di Singapura, Brendan Koh yang menghantar baju berkenaaan kepadanya. "Saya ambil gunting, tapi kawan saya capai pisau. Terus dia buka bungkusan tu. Tak sangka terkena baju kat dalam tu sekali sampai terkoyak. "Saya memang terkejut sebab ia koyak di bahagian poket. Biasanya bungkusan barang akan ada lapisan plastik bubble kat dalam. Tapi kali ni tak ada apa-apa lapisan pelindung," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Ahad. Bagi saya, baju tu lama-lama akan buruk tapi kawan akan kekal sampai bila-bila. Benda boleh settle elok-elok. Jadi saya terima kejadian tu dengan hati terbuka. DANISH IRFAN KUAN Menurut Danish yang menetap di Puchong, Selangor, dia tidak menyangka video itu akan tular dan menarik perhatian ramai. Malah, dia juga terharu dengan pujian netizen terhadap sikap tenangnya yang jelas kelihatan dalam video tersebut. "Benda tu barang saya, tapi dia nak tolong buka. Tak apalah, saya gelak sahaja, nak marah pun tak guna. "Saya juga terkejut sebab dia nak ganti, maksudnya dia tak lari dari kesalahan. Itulah yang dinamakan kawan sebenar. Danish (kanan) langsung tidak menyalahkan rakannya, Denial Hakim. "Dia, saya dan rakan yang hantar baju dari Singapura serta seorang lagi rakan dah kenal dari zaman sekolah menengah. "Bagi saya, baju tu lama-lama akan buruk tapi kawan akan kekal sampai bila-bila. Benda boleh settle elok-elok. Jadi saya terima kejadian tu dengan hati terbuka," katanya lagi. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka di bawah posting video itu. "Tenangnya dia macam takde apa apa berlaku. Kalau kena dekat aku lah," tulis @aauniawatif. "Kalau aku dah nangis kat situ sbb punyalah lama tunggu barang tu nak sampai,' tulis @Puterizzatul. "Penyabarnya dia, tak ada buat muka dan tak ada reaksi marah langsung," tulis seorang lagi pelayar Twitter. View this post on Instagram Min love la laki tenang macam ni ? #janganseriussangat #mstarkongsi #eemstar A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 5, 2019 at 5:01am PDT