SETIAP kali pergi ke pantai kita gemar berkaki ayam, bukan apa tapi orang kata lebih feel pijak pasir. Begitu juga kanak-kanak bila nampak laut dan pantai mereka jadi seronok sebab dapat main apa lagi kalau bukan timbus badan dan bina istana pasir. Namun di sebalik keseronokan itu terselit satu kisah ngeri dilalui seorang wanita yang terkena jangkitan cacing semasa bercuti bersama keluarga di pantai Port Dickson, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Suami lumpuh, ibu 2 anak lega dapat kaki baharu Ramadan ini ARTIKEL BERKAITAN: Tumit terkeluar dari kasut, lelaki ini selamba jalan berlenggang pakai 'wedges' ibu, “Kalau high heels pun saya sanggup” Menurut Nurul Ezzatul Akma, dia pada mulanya menyangka mengalami sakit urat selepas ternampak garisan timbul di bawah kakinya seminggu kemudian. "Sebenarnya saya tak sedar benda ni berpunca dari cacing. Saya mula perasan bila kaki ada macam belon air (mengelembung) tapi kecil je. "Saya ingat melecet pakai selipar tapi dua tiga hari lepas tu terus naik macam urat bengkak di bawah kaki, saya ingat salah urat. "Keadaan tu berlarutan dan saya siap pergi urut, malahan tukang urut pun cakap memang salah urat. Tapi sehari selepas saya urut, tiba-tiba garisan jejak tu terus keluar. Saya pun pelik," katanya ketika dihubungi mStar. Tapi saya beritahu macam ada sesuatu bergerak dekat kaki saya, saya boleh rasa setiap malam. Seolah-olah mereka sedang berzumba. Doktor pun kata cacing memang bergerak waktu malam. NURUL EZZATUL AKMA Namun ibu kepada tiga anak itu berkata bawah kakinya berasa gatal melampau selepas urat bawah tapak kakinya mula timbul. "Lepas urut tapak kaki tu jadi gatal... gatal melampau yang kita tak boleh nak hadap. Macam ada sesuatu dekat dalam tapi saya tak tahu itu sebenarnya cacing. "Saya ada up post di Facebook garisan panjang di bawah tapak kaki. Saya tanya agak-agak apa ni? Ramai cakap benda tu cacing. Mereka tahu sebab pernah terbaca pasal cacing. Keadaan kakinya dari hari pertama kejadian. "Mereka pun tag saya story tu sebab simptom lebih kurang saya. Saya pun ye ke... ye ke... macam tak percaya je sebab benda ni tak pernah berlaku sebelum ini. Jadi saya sendiri pun tak tahu," katanya. Selepas didesak ramai, Nurul Ezzatul atau lebih mesra disapa Nurul pergi ke hospital swasta di Ara Damansara pada Selasa lalu untuk mengesahkan perkara tersebut. "Doktor mula-mula ragu-ragu pasal benda tu. Dia tengok-tengok tiba-tiba dia pandang saya. Dia kata ni cacing ni puan. Saya cakap seriuslah doktor sebab masih tak percaya. "Lepas tu dia tanya saya ada pergi mana-mana tak. Saya kata tak pergi mana-mana, saya keluar kereta pun pakai selipar, jalan pun pakai kasut. "Tiba-tiba dia tanya awak ada pergi pantai tak. Saya cakap ada tapi dua minggu lepas raya hari tu. Dia kata ok memang sebab inilah," katanya. Wanita itu yang juga peniaga atas talian terkejut dengan kata-kata doktor yang memeriksanya. "Saya tak sangka langsung, memang terkejut. Doktor kata biasanya cacing tu banyak dekat pantai sebab kadang-kadang kucing dan anjing berak di situ. Ujarnya, dia terkena jangkitan cacing sewaktu bercuti di Port Dickson. "Kawasan pantai kan panas mungkin tahi tu dalam pasir. Jadi doktor kata punca cacing itu dari tahi anjing atau kucing. Doktor pun tak tahu cacing tu duduk di mana jadi tak boleh nak keluarkan. "Tapi saya beritahu macam ada sesuatu bergerak dekat kaki saya, saya boleh rasa setiap malam. Seolah-olah mereka sedang berzumba. Doktor pun kata cacing memang bergerak waktu malam," katanya. Susulan itu, wanita berusia 31 tahun itu berkata dia diarahkan untuk makan ubat cacing selama tiga hari. "Bila tak dapat nak keluarkan doktor bagi makan ubat cacing. Jadi saya makanlah ubat tu tiga hari. Jika tak ada sebarang perubahan juga doktor beritahu kena jumpa pakar kulit untuk keluarkan cacing tu. "Selepas makan ubat dos kedua masih dapat rasa dia bergerak lagi. Bila dah dos ketiga saya dah start susah hati sebab kalau tak baik juga saya kena jumpa pakar. Alhamdulillah lepas tu barulah rasa cacing tu dah tak bergerak. Posting di Facebook Public Health Malaysia. "Hari tu demam sikit mungkin sebab infection tapi sekarang ni dah ok. Saya agak cacing tu dah mati dan garisan bawah tapak kaki dah mula pudar cuma masih nampak kesannya. Jadi tak payah pergi hospital dah," katanya. Pada masa sama Nurul menasihati orang ramai supaya menjadikan insiden yang menimpanya sebagai satu pengajaran terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil. "Doktor kata cacing tu bahaya. Kalau tak rawat ia boleh naik ke salur darah malah cacing tu akan berjalan sampai ke tempat-tempat tak sepatutnya. Cacing ni nak masuk tak perlu ada luka pun. Ia memang sangat halus... sehalus benang. "Saya tak boleh bayangkan kalau kena dekat baby saya sebab saya selamba bawa dia mandi dan main timbus pakai pasir walaupun dia baru lapan bulan. Kalau kita pun dah gatal yang amat budak-budak kalau kena tentu menangis. "Syukur jangkitan ni tak teruk. Tapi bila dah jadi macam ni memang saya fobia. Saya dulu tak suka drive pakai selipar tapi sekarang saya tak buat dah. Saya tak nak perkara itu berulang lagi. Seram... geli semua ada," katanya.