BAGAIKAN satu trend, bridesmaid atau pengiring pengantin menjadi pelengkap dalam majlis perkahwinan hari ini, yang mana sekumpulan gadis yang berpakaian sedondon akan mengiringi pengantin perempuan. Namun, berbeza dengan gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang pengantin perempuan yang sepatutnya menyerlah kelihatan ‘tenggelam’ di samping sekumpulan pengiringnya. “Bila bridesmaids overshadow (membayangi) pengantin, pengantin pula dah macam pelamin,” menurut satu perkongsian dengan gambar pengantin berbaju warna krim, bersama enam pengiring dalam persalinan rona maroon di pelamin, juga berwarna krim. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin terkial-kial cari 'crown' dengan tangan masih berinai, pengapit selamba keluar sarapan ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin cemburu bridesmaid hamil curi tumpuan, bawa pasangan kacak ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis Pengantin perempuan yang dikritik ramai itu, Syafika Kamsol Bahari, 23, berkata, dia terkejut apabila gambar perkahwinannya pada Februari lalu menjadi tular. Perkongsian di laman sosial mengenai pengantin perempuan kelihatan kurang menyerlah berbanding pengiringnya. Mengakui gambar tersebut membuatkan dirinya kelihatan kurang menyerlah berbanding pengiringnya, dia menjelaskan ia dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit. “Memanglah terkejut sebab gambar tu masa saya dan suami kahwin pada Februari lalu. Sekarang ni saya dah mengandung hampir empat bulan, tiba-tiba viral. “Mungkin sebab kesan pencahayaan atau kesan kamera telefon, sebab pelamin kami buat outdoor di bawah khemah besar. Mungkin sebab faktor tu membuat saya kelihatan ‘tenggelam’ di dalam gambar yang tular, tapi gambar yang dirakamkan oleh jurugambar profesional OK je,” katanya kepada mStar. Eyka Syafiqa (tengah) bersama bridesmaids yang merupakan rakan-rakan baiknya. Usahawan kosmetik itu berkata, dia dan suami memang merancang untuk memakai baju pengantin warna nude yang hampir sama dengan pelamin warna emas putih. Macam orang yang nikah, mereka biasanya akan memakai baju warna putih. Pelamin untuk mereka selepas majlis itu juga dalam warna yang sama. EYKA SYAFIKA Lebih dikenali sebagai Eyka Syafika, katanya, sudah menjadi kelaziman busana pengantin sepadan dengan pelamin dalam majlis pernikahan atau persandingan. “Macam orang yang nikah, mereka biasanya akan memakai baju warna putih. Pelamin untuk mereka selepas majlis itu juga dalam warna yang sama. “Takkan pelamin merah jambu, pengantin pakai baju hijau. Nanti nampak pelik pula. Kami memilih warna yang senada untuk hari istimewa kami,” tambahnya mengenai tema majlis perkahwinan mereka iaitu glamour contemporary white gold. Pasangan suami isteri ini terkejut apabila gambar kahwin pada Februari lalu kini menjadi tular. Sementara itu, suami Eyka Syafika iaitu Muhammad Syahir Farith Abd Aziz, 24, pula mendedahkan kisah tragis menjelang perkahwinan mereka yang mana pada asalnya warna pastel dipilih untuk pakaian kedua-dua kumpulan pengiring bagi pengantin lelaki dan perempuan. “Baju dulang girls warna pastel dah beli yang ready made (siap dipakai), tapi kami terpaksa beli kain warna yang sama untuk baju Melayu dulang boys sebab ready made tak ada warna dan saiz yang sepadan dengan pengiring lelaki. “Jadi, kami tempah kain warna pastel untuk dulang boys. Walaupun dihantar agak awal, tapi kami tidak bernasib baik sebab baju Melayu masih tak siap sedangkan majlis perkahwinan nak dekat,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Awan. Awan (tengah) bersama dulang boys. Sudahnya, Awan yang merupakan pengusaha bisnes baju Melayu terpaksa mencari stok baju Melayu keluarannya di gudang di Cheras, Kuala Lumpur sebagai alternatif. “Tapi bila cari di gudang, yang sepadan dengan saiz semua dulang boys dan cukup stok cuma warna maroon. Ini pun koleksi yang lepas sebab saya berniaga baju Melayu pada bulan Ramadan sempena Hari Raya. “Jadi, kami terpaksa tukar pelan dengan mendapatkan baju-baju dulang girls juga warna maroon. Baju dulang girls yang ready made warna maroon senang cari untuk disamakan dengan dulang boys,” katanya. Hanya pengapit yang turut berada di pelamin semasa pengantin bersanding. Awan berkata, perubahan hanya dibuat dalam tempoh seminggu terakhir sebelum disatukan sebagai suami isteri bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. “Memang kami akui baju bridesmaid yang baharu itu agak kontra dengan baju pengantin tetapi ia bukan satu masalah kerana mereka hanya bersama pengantin pada awal majlis untuk berarak ke pelamin. “Semasa kami bersanding di pelamin, hanya kami bersama dua pengapit memakai baju warna peach. Jadi, kesemuanya nampak sedondon. Gambar bersama pengiring pula sebagai kenangan. “Bagaimanapun, kami tak berkecil hati pasal gambar yang tular, sebaliknya rasa kelakar. Harap penjelasan kami dapat menjawab segala kekeliruan,” katanya.