suria

Semangat nyanyi lagu Ultras Malaya, tak sedar rakan ditarik arus air terjun, “Mujur kawan pegang kaki waktu hanyut terkapai-kapai”

Paparan skrin insiden itu yang berlaku pada Sabtu lalu.

KEGEMBIRAAN sekumpulan pelajar yang membuat rakaman video di kawasan air terjun terbantut seketika apabila salah seorang rakan mereka nyaris hanyut dibawa arus.

Mereka bagaimanapun bernasib baik kerana ia berlaku di kawasan air cetek dan remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video kejadian itu yang kemudiannya dimuat naik ke laman Twitter pantas menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi rumah terbuka Aidilfitri, budak 2 tahun maut selepas terjatuh dalam kolam ikan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pemuda dikhuatiri lemas setelah selamat empat sekeluarga harap anak ditemui segera

Menurut Muhammad Daniel Azri, 20, dia bersama sembilan lagi rakannya berkunjung ke kawasan air terjun di Gunung Ledang, Johor pada Sabtu lalu.

Muhammad Daniel Azri atau Soya berkata, dia tidak menyangka video berkenaan akan tular di Twiter.

"Kami sepuluh orang sebenarnya terlibat sebagai fasilitator untuk minggu suai kenal di universiti. Perjalanan kami dari kampus di Pagoh ke air terjun tu dalam 25 minit je.

"Kami ke sana sehari selepas program tu tamat. Rombongan dua kereta untuk bersantai dengan kawan-kawan.

Posting yang dimuat naik oleh Soya menerusi laman Twitter miliknya.

"Saya yang ajak mereka nyanyi lagu Ultras Malaya, tapi tukar sebut nama universiti. Dalam video tu ada tujuh orang. Kami rakam, tak sangka pula jadi macam tu.

"Kawan saya Hazim Azman tu dia duduk hujung kat kawasan air bergerak. Tiba-tiba dia hanyut, mujurlah air cetek. Dia pun tak cedera, cuma cramp perut masa tu," ujarnya yang mesra disapa Soya sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.

Memang semua tergelak. Ada kawan saya seorang yang pegang kaki dia masa dia hanyut terkapai-kapai. Sampai malam kami bahan dia sebab kelakar sangat.

MUHAMMAD DANIEL AZRI

Menurut Soya lagi, tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan mereka membuat rakaman itu di kawasan air cetek sahaja.

Malah, dia sendiri tidak menyedari tentang insiden melibatkan rakannya itu yang berada di bahagian belakang sehinggalah selesai membuat rakaman.

Hazim Azman yang hampir hanyut di kawasan air cetek baru-baru ini sewaktu membuat rakaman video bersama rakannya.

"Saya tak sedar pun sebenarnya. Lepas habis tu baru kami tengok video balik.

"Memang semua tergelak. Mujur ada kawan yang pegang kaki waktu dia hanyut terkapai-kapai. Sampai malam kami bahan dia sebab kelakar sangat.

"Tapi kalau ada yang risau, sebenarnya kami pun rakam kat kawasan cetek yang tak bahaya," katanya lagi.

Dalam pada itu, rakaman berkenaan sehingga kini menerima hampir 15,000 ulang kicau (Retweet) sejak dimuat naik ke laman Twitter.

Mereka berkunjung ke kawasan rekreasi itu dengan menaiki dua buah kereta pada Sabtu lalu.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan memberi nasihat berhubung insiden tersebut.

"Nyanyi tetap nyanyi! Selamatkan member kemudian," tulis @ninifiy.

"Aku ulang banyak kali video ni tak habis gelak," tu;is @dirasyaa.

"Takdelah yang korang pun sakan tepuk bukan nak stop kejap tolong dia," tulis @nrlshhira.

"Ya Allah. Alhamdulillah selamat.. Terima kasih pada kawan yang tarik, walaupun jauh dia terperasan, alert jugak kawan yang hampir lemas tu. Jangan suka-suka sangat ea. Malang tak berbau tau," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain