SEGAK berbaju Melayu dan bersampin, seorang pemuda mencuri perhatian dengan muzik instrumental lagu irama Melayu asli dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Gambus Jodoh. Pemuda berkenaan yang hanya duduk di dalam kereta selamba menyanyikan lagu rap dengan lirik yang ditulis sendiri mengenai raja sehari. “Salam duli terhormat raja sehari kita, sama-sama nikmat ini kali masa kita, makanan yang ada memang umpph, on point punya rasa. “Pasangan sedondon bagai roti dengan kaya, maaf orang lama ini bukan pantun tapi karya, bukan cara padu atau cara lama, tapi cara baharu rentak laju macam puma,” demikian antara bait-bait lirik lagu yang dinyanyikannya menerusi video yang tular. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar main gamelan tapi menari lagu Blackpink dipertikai, terlalu agungkan K-Pop, “Pergerakan kami tak over!” ARTIKEL BERKAITAN: Berkompang Dari Kenduri Kahwin Ke Pavilion Pemuda ‘rapper’ itu, Elyas Naim Mazalan berkata, video tersebut merupakan persediaan akhirnya sebelum membuat persembahan kejutan pada majlis perkahwinan sepupunya di Telok Gadong di Klang, Selangor pada Sabtu lalu. Elyas smembuat persembahan kejutan untuk sepupunya yang berkahwin. Dia yang baru berusia 20 tahun itu bagaimanapun berkata, persembahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan sepupunya yang juga pengantin perempuan. “Saya baru balik dari Sydney, Australia seminggu lalu sempena cuti semester. Mak minta saya buat persembahan kejutan untuk sepupu. “Saya mula minat nyanyi dan buat lirik lagu-lagu rap sejak tahun lalu. Mak tahu minat saya, tu yang dia suruh buat dan saya memang rapat dengan sepupu yang kahwin ni,” kata pelajar Perniagaan Antarabangsa di Universiti Wollongong di Sydney, Australia itu kepada mStar. “Bila dengar lagu sedih je akan buat saya bergenang air mata dan teringat kenangan-kenangan lama. Jadi, bila hati tisu ni... saya akan sampuk dengan nyanyi lagu rap untuk kasi mood happy masa lagu sedih tu berkumandang ELYAS Elyas yang berasal dari Bukit Raja, Klang memberitahu, ia merupakan persembahan rap pertama dalam majlis sebesar itu. “Sebelum ni saya pernah buat di rumah terbuka kawan-kawan di Sydney, tapi rap yang dibuat tu secara gaya freestyle, dengan lirik secara spontan. Bukan buat dalam acara besar dengan lirik ditulis sendiri seperti majlis kahwin ni,” katanya. Akui mencabar untuk membuat persembahan rap dengan lirik yang ditulis sendiri. Mengambil masa tiga hari untuk menghafal lirik tersebut untuk persembahan di majlis perkahwinan sepupunya, Elyas akui ia begitu mencabar. “Bagi saya, nyanyi lagu rap secara gaya bebas susah sebab saya kena nyanyi dengan lirik secara spontan, tapi ikut lirik yang ditulis pun mencabar sebab saya kena hafal. “Sebab saya tak mahu lirik tu nanti tersasul atau saya ada ubah atau tambah perkataan semasa menyanyi. Lagipun tu persembahan untuk majlis perkahwinan, jadi liriknya memang kena ditulis mengikut kesesuaian dengan pengantin,” tambahnya. Elyas sekeluarga bersama pasangan pengantin. Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia juga sering menyanyikan lagu rap secara gaya bebas ketika bersama keluarga di dalam kereta. “Kadang-kadang ada lagu sedih yang dimainkan di radio dalam kereta. Mak memang suka lagu-lagu berentak sedih ni, tapi saya tak boleh sebab saya ni mudah sensitif. “Bila dengar lagu sedih je akan buat saya bergenang air mata dan teringat kenangan-kenangan lama. Jadi, bila hati tisu ni... saya akan menyampuk dengan nyanyi lagu rap untuk kasi mood happy masa lagu sedih tu berkumandang. Mak ayah gelakkan saja,” katanya secara berseloroh. Ragam Elyas sekeluarga yang mencuit hati. Dalam pada itu, Elyas yang bercita-cita untuk menjadi usahawan tidak menyangka aksinya menyanyikan lagu rap di dalam kereta disamakan dengan gaya tangan adiwira Spiderman seperti mengeluarkan ‘kuasa’ jaring labah-labah. “Ada netizen dan kawan-kawan saya nyanyi lagu rap dengan gaya tangan seperti Spiderman. Tak perasan pun, mungkin gaya tangan tu nak ikut rentak lagu. “Saudara-mara pula bila jumpa saya kata ‘What’s up yo, what’s bro’ macam gaya budak hip hop lepas tengok saya nyanyi lagu rap di majlis kahwin. Saya layankan saja,” katanya yang mengidolakan penyanyi rap dari United Kingdom, Stormzy. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 7, 2019 at 5:48am PDT View this post on Instagram Bila rapper buat kejutan kat majlis kahwin, cayalah! Nak tahu pasal bro ni di highlight dan IG Story. Kredit @yaswiththebread #janganseriussangat #mstarkongsi #mstaronline #mstarE1 A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 11, 2019 at 6:30am PDT