WALAUPUN masyarakat Melayu gemar disajikan dengan kisah berunsurkan mistik tapi percayalah tiada siapa mahu melihat rupa sebenar makhluk halus. Malah, belum nampak rupa sebenar atau sekadar penampakan sahaja sudah membuatkan jantung kita berdegup kencang. Namun berbeza pula dengan seorang gadis yang mendakwa boleh melihat entiti misteri itu sejak berusia empat tahun. Pengalaman itu diceritakan Izyandzamri dalam satu bebenang di Twitternya sehingga mendapat 4,900 ulang kicau dan 4,800 tanda suka. ARTIKEL BERKAITAN: Siapa dia? Dua kali “jom blah” pisahkan pendaki dengan 'budak' di lokasi Acap hilang ARTIKEL BERKAITAN: Siapa nenek berjalan di wad pukul 2 pagi? Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tampil beri penjelasan Gadis berusia 23 tahun itu ketika dihubungi mStar mendedahkan dia pernah ternampak arwah moyangnya (nenek sebelah ayah) yang sudah meninggal dunia di kampungnya di Baling, Kedah ketika berusia enam tahun. Izyan mendakwa mula dapat melihat makhluk halus sejak berusia empat tahun. "Masa tu waktu Asar. Tengah seronok mandi air telaga dengar bunyi selipar dari luar rumah. Dok fikir mungkin ada tok (mak kepada ayah) kot basuh pinggan. Saya pun buat tak tahu. Tapi terfikir bukan tadi dah habis basuh pinggan ke? "Kepala saya pun jengok dekat sinki. Selak kain penghadang tu dan nampak nenek (moyang) basuh pinggan. Saya pun 'Oh nenek basuh pinggan ingatkan siapa'. Saya pun sambung mandi macam biasa. "Tak lama lepas tu dengar bunyi mendengus dua tiga kali, mandi jugak macam biasa. Lepas tu baru fikir nenek bukan dah mati ke hari tu tapi tadi nenek basuh pinggan. Masa tu fikir betul ke nenek dah mati tapi tadi tu siapa. "Terasa nak selak balik tirai tu dan bila selak je saya nampak muka nenek pakai baju (kurung) Kedah bunga-bunga berkain batik. Dia tengah senyum pandang saya... senyumannya lebar sekali," katanya. Dek ketakutan, Izyandzamri atau lebih mesra disapa Izyan berkata dia pun berlari meninggalkan bilik air dan masuk ke dalam rumah dalam keadaan menangis teresak-esak. "Dalam keadaan basah saya lari masuk rumah panggil semua orang cakap 'kakak nampak nenek hidup balik... dia senyum dekat kakak'. Izyan masih lagi diberi kesempatan nampak entiti halus itu cuma tidak sekerap seperti waktu kecilnya. "Terus kecoh satu rumah. Tok dengan tok wan (bapa kepada ayah) pergi tengok bilik air dengan sinki. Memang ada pinggan tak cuci dalam tu padahal tok dah basuh semua dah. Macam mana pinggan tu ada lagi. "Sejak nampak arwah nenek saya dah tak jejak bilik nombor 2 dekat kampung sampai umur 15 tahun sebab saya tak kuat. Sekarang pun saya akan buka lampu dulu barulah masuk bilik tu," katanya. Bagaimanapun Izyan berkata pengalaman ngeri itu berlarutan sehinggalah ke hari ini. Kadang-kadang orang cakap saya gila sebab bila saya cerita mereka ingat saya merepek. Ada juga yang kata saya sakit mental tapi saya dah lali dah. IZYANDZAMRI. "Itu kejadian pertama dan mula dari saat itulah saya boleh nampak sesuatu. Saya nampak roh orang lain bila pergi rumah jenazah. Nampak ada yang pegang kepala memang ramai. "Ada juga yang bawa motosikal kemudian senyum dekat saya. Saya nampak juga ada yang dekat padang bola dan tengah makan... merata ada. "Dah besar ni kalau saya pergi tempat keras macam hutan, hospital dan sekolah adalah nampak tapi taklah sekerap macam dulu. Kadang-kadang saya terkejut sebab tiba-tiba 'dia' ada sebelah," katanya. Di sebalik keistimewaan itu, Izyan berkata dia sudah lali apabila dianggap kurang siuman oleh segelintir individu. Izyan sudah lali digelar gila oleh orang sekelilingnya. "Orang cakap itu satu anugerah tapi orang takkan faham apa yang manusia macam saya lalui. Letih sebenarnya bila hijab terbuka ni. "Kadang-kadang orang cakap saya gila sebab bila saya cerita mereka ingat saya merepek. Ada juga yang kata saya sakit mental tapi saya dah lali dah. "Paling saya sedih bila semua tak mahu kawan dengan saya. Sampai sekarang pun saya sorang-sorang. Tak apalah apa nak buat," katanya. Dalam pada itu, Izyan berkata dia masih lagi mendapatkan rawatan untuk memulihkan keadaannya. "Dari kecil saya pergi berubat tapi sekejap je baik. Tapi bila dah boleh solat saya buat ayat pendinding sendiri. Sebenarnya benda tu tak ganggu cuma kita kadang terkejut sebab tiba-tiba ada dekat depanlah tepilah. "Dulu takut tapi sekarang Alhamdulillah ok sikit. Cuma kadang-kadang seram juga kalau tiba-tiba buka pintu rumah 'dia' dah ada. Tapi mak dan nenek pernah pesan kena selalu zikir. Itu yang saya amalkan selalu sehingga hari ini," katanya.