BUKAN sekadar kelihatan cantik, malah kulit wajah yang sihat juga akan memberi lebih keyakinan buat setiap insan. Begitulah yang berlaku terhadap seorang gadis yang kini lebih selesa selepas mengharungi detik sukar dalam hidup apabila sering dikutuk dek wajahnya yang berjerawat. Menurut Dayana Batrisya Shamshol yang mesra disapa Dyan, kutukan orang sekeliling menjadi pendorong utama untuk dia melakukan transformasi dalam tempoh sekitar enam bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa” ARTIKEL BERKAITAN: Konvo dah dekat, nak beli but paha pula besar! Gadis kongsi perit kurus dalam sebulan, “saya berlari sambil menangis” "Disebabkan jerawat di wajah, ada yang cakap ada CCTV di wajah saya, ada juga yang samakan muka saya dengan jalan tar. "Memang sedih dengan kutukan tu, tapi saya ambil sebagai pembakar semangat. Sejak Disember tahun lalu saya mula dan pada Ramadan hari tu kulit saya dah sembuh, jadi dapatlah beraya dengan wajah baharu. Dyan pernah dikutuk gara-gara masalah jerawat di wajahnya. "Saya juga pernah rasa down, menangis pun ada. Kawan-kawan sendiri pun ada yang face-shaming," ujar gadis berusia 18 tahun itu sewaktu dihubungi mStar pada Khamis. Bagi saya, nasihat dengan kutuk tu dua perkara berbeza. Janganlah tegur orang tu gemuk dan sebagainya. Kadang-kadang mereka ingat nak bergurau, tanpa sedar ada yang terasa. Jangan main cakap sahaja. DAYANA BATRISYA SHAMSHOL Menurut Dyan lagi, selain pemilihan produk yang betul, gaya hidup dan pemakanan juga menjadi aspek penting dalam transformasi wajahnya itu. Kata remaja itu, kebersihan tempat tidur serta pemakanan yang sihat juga banyak memberi kesan buat wajah seseorang. "Kena kurangkan makanan berminyak, juga makanan manis dan yang penting banyakkan minum air masak. "Lepas tu kena rajin tukar cadar dan sarung bantal. Dalam seminggu dua kali macam tu, atau boleh juga alaskan dengan kain dekat bantal masa nak tidur," kongsi pelajar sebuah universiti di Rembau, Negeri Sembilan itu. Dalam pada itu, Dyan turut menasihati semua pihak di luar sana agar tidak terlalu lantang menegur individu yang memiliki masalah kulit. Dyan kini lebih yakin dengan kulit wajahnya yang sihat. Ujarnya, teguran mahupun gurauan bersifat kutukan kadang-kala boleh melukakan hati mereka, ditambah pula dengan kerisauan masalah kulit muka yang dihadapi. "Bagi saya, nasihat dengan kutuk tu dua perkara berbeza. Janganlah tegur orang tu gemuk dan sebagainya. "Kadang-kadang mereka ingat nak bergurau, tanpa sedar ada yang terasa. Jangan main cakap sahaja. "Buat mereka yang ada masalah muka, kata-kata kutukan tu ambil dari sudut positif dan jangan cepat patah semangat," kata Dyan lagi. Perkongsian transformasi wajah gadis kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu menerima lebih 7,000 perkongsian di Twitter. Malah, ramai yang turut membanjiri ruangan komen untuk berkongsi kisah hampir sama serta bertanyakan tip kepada gadis itu. "Sama laa I pun.. Jerawat tak laa teruk mana.. Tapi nak bagi dia betul-betul takde tu enam bulan jugak laaa," tulis @fatindiv_. "Same like me, tapi muka I dulu lagi teruk dari ni, teruk sangat-sangat sampai pensyarah selalu bahan I depan kelas, ambil masa bertahun jugak. Sekarang pun still ada lubang-lubang but I puas hati with my skin right now," tulis @thefaramee.