KELUARGA remaja perempuan yang didakwa memijak senaskah al-Quran untuk bersumpah seperti mana video yang tular tampil bersuara susulan kecaman netizen dan masyarakat. Menerusi penstriman video secara langsung di halaman Facebook ‘Live Kelate Kito’ pada Sabtu, seorang pengantara menemubual keluarga remaja itu. Menurut bapa remaja berkenaan, anaknya yang berusia 17 tahun itu adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) atau lembam dan suka bergaul dengan kanak-kanak. “Pemikiran dia lurus bendul… macam budak-budak. Dia main dengan budak-budak, dia jarang bercampur dengan budak-budak besar (rakan sebaya),” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pijak al-Quran bersumpah telah bersetubuh, suspek dalam video tular direman 3 hari Menerusi klip video berdurasi kira-kira 38 minit itu, turut kelihatan ahli keluarga remaja perempuan berkenaan dalam kesedihan akibat insiden tersebut. Ditanya mengenai pemuda bernama Irwan yang disebut dalam video yang tular, bapa remaja itu memberitahu dia tidak mengenali individu tersebut. “Tak kenal, tak pernah tengok pun lagi jantan tu. Dia duduk kampung mana pun saya tak tahu,” katanya. Bapa remaja perempuan (kanan) sewaktu ditemubual. Klip video tersebut turut mendedahkan kakak kepada remaja itu mengaku membuat laporan polis berhubung video yang tular. “Saya adalah kakak... yang melaporkan kes ini,” dakwanya yang membuat laporan polis selepas menerima video tersebut daripada seorang rakan. “Saya terus tanya adik saya, video ni betul ke dia. Dia mengaku betul dalam video tu. Nak marah pun tak ada guna, benda dah jadi dan viral. Jadi, saya terpaksa buat laporan polis,” katanya sambil menambah laporan dibuat bagi mempertahankan keluarganya susulan penularan video tersebut. Adik saya jenis lurus bendul. Kami tak ajar pun dia buat macam tu. Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Saya sedih dengan keadaan adik saya ABANG Kakak remaja itu mendakwa adiknya dipaksa untuk membuat pengakuan sebagaimana yang dirakamkan di dalam video. “Saya tanya dia... dia cakap dipaksa untuk memijak al-Quran tu. Kalau tak pijak al-Quran tu dia diugut untuk si Irwan membuat sesuatu kat dia. “Dia cakap dia tahu tak baik untuk pijak (al-Quran) tapi dia dipaksa untuk pijak,” katanya. Kecaman netizen terhadap keluarga remaja perempuan tersebut turut membuatkan neneknya dilanda kesedihan sehingga hilang selera makan. “Tiga hari dah tak makan nasi,” katanya dengan nada sebak. Tindakan seorang remaja perempuan memijak al-Quran menerusi video yang tular. Dalam pada itu, abang kepada remaja perempuan itu membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak keluarganya di atas keterlanjuran adiknya. “Saya sebagai wakil kepada keluarga meminta maaf kepada mereka di luar sana yang tuduh bukan-bukan. “Adik saya jenis lurus bendul. Kami tak ajar pun dia buat macam tu. Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Saya sedih dengan keadaan adik saya,” ujarnya. Remaja itu bersama tiga perempuan yang lain berusia 17 tahun direman sehingga Ahad sejak Jumaat bagi membantu siasatan polis. Video berdurasi tiga minit dan 13 saat yang tular di laman sosial sejak Khamis memaparkan perbuatan seorang remaja perempuan memijak al-Quran, yang bersumpah kerana mahu membuktikan dirinya telah melakukan persetubuhan. Dalam kejadian berlaku di Tanah Merah, Kelantan, remaja perempuan itu berbuat demikian seperti mengangkat sumpah di depan seorang lagi rakan perempuannya. Berdasarkan perbualan dalam dialek Kelantan itu, ia dipercayai berkaitan sama ada seorang remaja terbabit melakukan hubungan seks atau sebaliknya.