suria

Wow! Bukan saja tabik tapi pak guard 'rare' siap kawad buatkan pemuda ini salute balik... “Saya tergelak sebab nampak comel bukan hina”

Reaksi pak guard tersebut turut menjadi tumpuan netizen.

AMALAN pak guard angkat tangan sebaik kita mendekati palang automatik untuk masuk atau keluar di mana-mana premis atau kawasan di pantau pengawal keselamatan sememangnya senario yang biasa kita lihat.

Namun tindakan seorang pengawal keselamatan siap berkawad dan beri tabik hormat disifatkan sebagai unik dan situasi satu dalam 1,000.

Tindakan pengawal keselamatan di kawasan perumahan Damai Kasih, Alam Damai yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur itu menjadi tumpuan netizen selepas video memaparkan adegan itu dikongsi Haiqal Aydiel di Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipandang rendah kerana sarung uniform 'pak guard', kini pemuda ini sudah bergelar penganalisis IT

ARTIKEL BERKAITAN: Panas atau hujan lebat, Pakcik Razak tetap senyum… Terharu layanan ‘pak guard’ di sekolah anak, bapa cadang beri anugerah

Setakat tengah hari Sabtu, video berkenaan mendapat 740,100 tontonan, 14,000 ulang kicau dan 13,000 tanda suka oleh netizen.

Video dikongsi Aydiel di Twitternya menjadi tumpuan netizen.

Haiqal Aydiel atau lebih mesra disapa Aydiel ketika dihubungi mStar berkata, video itu dirakam semasa dia pertama kali ke kediaman rakannya di kawasan perumahan tersebut.

"Masa masuk tu saya terkejutlah sebab guard tu tabik. Saya rasa macam wow sebab tak pernah ada guard lain semangat buat macam tu.

"Sejujurnya kalau orang lain nampak pun mereka akan kagum juga. Guard tu memang unik, lain daripada yang lain," katanya.

Bagaimanapun video yang dirakam Aydiel mendapat reaksi kurang senang segelintir netizen gara-gara kedengaran gelak tawanya dengan seorang lagi pemuda sejurus melihat tindakan pengawal keselamatan itu.

Kesal dengan perbuatan itu, Aydiel memohon maaf dan menjelaskan dia tidak berniat memperlekehkan pengawal keselamatan berkenaan.

"Saya minta maaf mungkin salah saya sebab gelak. Tapi saya gelak bukan sebab nak menghina.

Haiqal Aydiel.

"Saya gelak sebab dia nampak comel. Jarang kita nampak guard macam ni. Dia pun suka sebab saya salute dia balik," katanya.

Namun pemuda berusia 20 tahun itu enggan ambil pusing dengan kecaman netizen.

"Tak sangka orang ambil serius perkara tu. Tak apalah saya tak kisah sebab banyak lagi komen positif daripada yang negatif," katanya.

Dalam pada itu, seorang pemuda tampil menjelaskan bahawa kebanyakan pengawal keselamatan yang bekerja di negara ini merupakan bekas tentera etnik Gurkha dari Nepal.

Saya gelak sebab dia nampak comel. Jarang kita nampak guard macam ni. Dia pun suka sebab saya salute dia balik.

HAIQAL AYDIEL.

Azrin berkata etnik Gurkha dikenali sebagai askar upahan British untuk memperkukuhkan barisan hadapan ketenteraan mereka suatu ketika dahulu.

"Persoalannya mengapa kaum Gurkha jadi pilihan British? Tahun 1812, British hantar 30,000 askar dia nak lawan 12,000 Gurkha untuk tawan Nepal tapi gagal.

"Dengan daya tahan fizikal yang kuat, keberanian luar biasa dan kesetiaan tinggi telah menarik perhatian tentera British sekali gus mengupah Gurkha menjadi barisan hadapan tenteranya," kata pemuda itu.

Gambar dikongsi Azrin dalam bebenangnya mengenai tentera Gurkha.

Jelas Azrin dia mengetahui mengenai etnik Gurkha kerana mempunyai pengalaman bekerja dengan mereka.

"Staf aku dulu ada sorang Gurkha nama Ganesh. Dia kerja 14 jam sehari cuti seminggu, sekali takda MC selama tiga tahun turut-turut. Dia selalu cakap “saia kuat! No MC! Gurkha very strong!”

"Dia akan patuh dengan segala arahan kerja yang aku bagi, takda bangkang, tepati masa, dia handle station dia sorang diri, station lain tiga empat staf satu station tau.

"Jadinya kalau nampak security guard muka-muka macam ni, jangan main-main dengan depa. Lagi-lagi yang pakai uniform ketat perut ke depan tu silap cakap mau kena cota dengan depa. Kalau depa cakap no, no lah untuk kita. Yes, yes lah untuk kita. Tabik Bahador!," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Pak Guard, Gurkha, kawad, tabik

Artikel Lain