suria

“Kawan tukang jerit, saya tukang tutup” - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah

Dua rakan sebilik, Amirul (kiri) dan Firzany yang berdepan dengan situasi rakan-rakan yang sering terlupa tutup pintu bilik. Foto Amirul Irfan Shahrul Izar.

HATI siapa yang tak panas kalau rakan sebilik keluar tapi tak reti nak tutup pintu.

Sama ada terlupa atau tidak sengaja, ia mungkin menjengkelkan bagi sesetengah orang.

Jerit sudah, tolong tutupkan pun selalu, tapi kalau rakan masih juga tak faham-faham, lama-lama boleh bikin hilang sabar juga!

ARTIKEL BERKAITAN: “Common sense tertukar dengan binatang mungkin”- Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, mana duitnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik ‘pulas’ kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari ‘malang’... koridor asrama tiba-tiba sunyi

"Disebabkan 'member' malas nak jerit suruh tutup pintu lepas keluar... tengok apa yang dia buat," menurut perkongsian yang diulang kicau lebih 20,000 kali.

Turut dimuat naik klip video yang menunjukkan sebotol air dijadikan sebagai pemberat diikat pada belakang pintu, sekali gus membolehkan pintu bilik ditutup secara automatik.

Firzany (kiri) dan Amirul menggunakan botol air sebagai pemberat untuk menutup pintu secara automatik.

Remaja yang merakamkan video tersebut, Amirul Irfan Shahrul Izar berkata, biliknya yang didiami bersama seorang rakan sering didatangi kawan-kawan mereka yang merupakan penghuni asrama di Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Pelajar berusia 18 tahun itu memberitahu, disebabkan bilik mereka sering menjadi tumpuan saban waktu, maka ada ketikanya 'tetamu' mereka terlupa menutup pintu bilik.

"Kadang-kadang, kawan-kawan bukan sengaja tak tutup pintu. Ada masa mereka keluar masuk sebab nak mandilah, ambil wuduk atau solat.

"Bukan apa, apabila pintu 'ternganga' macam tu je nanti orang yang lalu lalang di kaki lima depan bilik tengok kami dari luar, kami jadi tak selesa," katanya kepada mStar.

Aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan di bilik.

Amirul yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, pintu bilik yang terlalu kerap tidak ditutup ternyata menguji kesabaran mereka.

"Rakan sebilik saya rajin jerit kat kawan-kawan yang keluar apabila mereka terlupa tutup pintu.

"Ada yang dengar, mereka patah balik tutup pintu. Ada yang tak dengar mungkin dah jauh dari bilik, sudahnya saya yang pergi tutup.

"Rakan sebilik saya tukang jerit, saya pula tukang tutup... tapi penatlah kalau selalu buat. Memang geram kat kawan-kawan kami ni," katanya secara berseloroh.

Amirul dan Firzany bersama rakan-rakan yang sering ke bilik mereka.

Rakan sebilik Amirul, Mohamad Firzany Harzali, 18, pula memberitahu, salah seorang rakan mereka, Mohammad Irfan Samsulhadi mencadangkan penggunaan botol air sebagai pemberat yang akan menggerakkan pintu tersebut sehingga tertutup sendiri.

"Lepas guna idea ni, kawan-kawan masih datang lepak kat bilik kami. Berboraklah, main gitar dan main permainan komputer.

"Belajar-belajar juga, lepak bersama kawan-kawan hanya bila ada masa lapang dan tak ada kelas.

"Saya pun dah tak lagi jerit dan Amirul tak perlu lagi pergi tutup pintu, lega rasanya," kata anak jati Johor Bahru itu sambil menambah kedua-dua mereka merupakan pelajar Asasi Sains Semester Dua di UTM.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain