DALAM keterujaan menerima hadiah, terselit sedikit rasa gusar memandangkan ia diberi oleh individu tidak dikenali. Begitu kata seorang gadis yang mana kisahnya menerima kejutan daripada lelaki misteri tular di laman Twitter sehingga menerima hampir 4,000 perkongsian. Menurut Nadila, 20, dia sebelum itu dihubungi seorang penjual sebelum mereka menetapkan lokasi pertemuan di sekitar tempat kerjanya yang terletak di ibu negara beberapa hari lalu. ARTIKEL MISTERI: Asalkan jumpa jodoh, gadis abai persepsi Tinder lubuk 'orang gatal', “kalau cara betul, dapatlah yang baik” ARTIKEL MISTERI: “Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis "Mula-mula rasa pelik, sebab tak pernah dapat pun kejutan macam ni. Tak pernah terfikir pun, biasa tengok orang lain je dapat. "Saya tanya seller tu siapa pengirimnya, dia kata kawan saya yang bagi. Saya terima je lah sebab dia kata kawan saya. Tapi saya pun terfikir, siapa pula? "Bersama hadiah tu, ada satu kad ucapan... ada tulis nak saya sentiasa happy," ujar Nadila sewaktu dihubungi mStar. Tapi saya tetap berterima kasih. Saya bersangka baik je yang pemberian dia ikhlas. Lagipun dia dah clarify yang pemberian hadiah tu semua hanya sebagai tanda ucapan tahniah sahaja. NADILA Bagaimanapun, berdasarkan hint ucapan menerusi kad yang diterima, Nadila seakan-akan boleh menghidu gerangan pemberi berkenaan yang juga kenalannya di media sosial sejak dua bulan lalu. "Ada seorang individu je di CursiousCat dan Twitter yang selalu cakap macam tu," katanya. Demi mendapatkan kepastian dan enggan lagi berteka-teki, dia bertindak memuat naik posting mengenai hadiah berkenaan sebelum pemberi hadiah itu akhirnya mengaku. Nadila berkata, dia tidak mengetahui nama penuh mahupun wajah sebenar jejaka itu sebaliknya hanya mengenali akaun Twitter miliknya sahaja. Kad ucapan yang dikirim bersama hadiah buat Nadila. "Nak kata peminat misteri, dia tak mengaku... dia kata hanya nak berkawan. Saya tanya kenapa dia bagi, peliklah kan kerana tak ada sebab. "Dia kata bagi hadiah tu sebab nak ucap tahniah, sebab saya ada kongsi pasal dapat masuk belajar di Universiti Malaya (UM) pada September ini," ujarnya. Kata Nadila lagi, dia juga sedikit skeptikal dan berhati-hati memandangkan dia tidak mengenali secara peribadi pemberi berkenaan. "Memang skeptikal, manalah tahu jadi sasaran seseorang. Saya pun tak bagi alamat rumah, cuma berjumpa dengan seller tu di kawasan tempat kerja. "Lain kali kalau ada nak bagi lagi, mungkin saya tolak atau tanya sebab kukuh dulu. Kalau sebab nak tengok saya happy je, peliklah. "Perasaan bercampur baur, sebab tak kenal. Tapi saya tetap berterima kasih. Saya bersangka baik je yang pemberian dia ikhlas. Lagipun dia dah clarify yang pemberian hadiah tu semua hanya sebagai tanda ucapan tahniah sahaja," ujarnya. Tambah Nadila lagi, pemberian yang diterimanya berupa tiga helai tudung bawal, sehelai selendang, satu kek coklat dan sekuntum bunga mawar.