suria

Gadis bengang dipanggil sundal, baling 'board' kepada pelanggan, "Video itu aibkan saya dan keluarga”

Insiden pertengkaran berpunca daripada tindakan seorang pelanggan merakam pekerja di sebuah kedai serbaneka.

“DIA maki hamun panggil saya perempuan sundal,” demikian dedah seorang gadis yang bengang dengan tindakan pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Batu Pahat, Johor.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Afifah, kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.05 malam, Rabu lalu.

Jelas gadis berusia 21 tahun itu, dia bekerja di kedai serbaneka secara sambilan bagi mencari duit poket sementara cuti semesternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous melenting! Bengang pengguna Twitter dedah ‘rate card’ tanpa izin

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam

“Sebelah pagi saya menjalani latihan pratikal (intern) dan petang pula saya bekerja di kedai ini.

“Sepanjang bekerja, jumlah pelanggan tidak menentu dan kalau ramai saya akan bertugas di bahagian ‘cashier’,  kalau tak ramai saya perlu bantu bahagian lain yang tidak cukup pekerja.

“Pada hari kejadian saya tengok pelanggan beratur panjang sebab satu kaunter sahaja yang buka.

“Jadi saya putuskan untuk buka satu lagi tempat pembayaran sebab tidak mahu pelanggan menunggu lama,” kongsinya kepada mStar.

Afifah bengang apabila seorang pelanggan wanita merakam wajahnya dan memanggil perempuan sundal.

Menurut Afifah, punca insiden berlaku apabila seorang pelanggan wanita mula tidak sabar untuk menunggu giliran. Katanya, sedang dia melayan pelanggan seperti biasa, tiba-tiba ada seorang wanita minta dia ambilkan ‘key-chain’ yang lain.

“Saya jawab elok-elok, langsung tak ada tinggikan suara, “sekejap ya kak, saya nak serve customers yang lain dulu”.

“Lagipun ketika itu dia tidak beratur dan bukan keutamaan saya melayan dia.

“Selepas tiba giliran pelanggan terakhir, saya ada tanya dia, ‘Akak nak keychain yang mana?’.

“Tapi dia balas dengan nada  tinggi dan menyuruh saya turunkan semua key-chain itu supaya senang nak pilih.

“Saya tahu mungkin salah saya juga sebab lambat layan dia, jadi saya pun panjat kerusi nak ambil keychain dan ketika itu saya baru sedar dia dah keluarkan telefon bimbit rakam saya.

Saya memohon maaf di atas tindakan itu dan meminta semua yang berkongsi video tersebut di media sosial supaya memadamnya. Ia mengaibkan saya dan keluarga.

AFIFAH


“Saya pelik kenapa perlu sampai macam tu sekali dan ketika itulah sabar saya dah hilang dan terus maki wanita itu,” jelas Afifah.

Namun menurut Afifah, punca dia memaki wanita berkenaan apabila pelanggannya itu memanggilnya perempuan sundal.

“Dia tiada hak untuk rekod saya walaupun salah saya lambat melayannya.

“Saya langsung tak ada niat nak baling board tu ke arah telefon bimbit dia supaya berhenti rakam.

“Memang saya marah sangat ketika itu, lebih-lebih lagi dia terus merakam muka saya,” ujar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini.

Sehari selepas insiden, kata Afifah, dia dan ibunya telah bertemu dengan wanita berusia 30-an itu.

Afifah turut berkongsi kisahnya di laman Twitter dan mendapat lebih 6,000 ulang kicau.

“Kami bermaafan dan meminta dia padamkan video tersebut  tapi dia kelihatan teragak-agak kerana dah viral lebih 800 perkongsian ketika itu.

“Memang video itu mengaibkan saya, keluarga saya akan ambil tindakan lanjut sebab video tu sudah jadi viral.

“Saya ada ke balai polis untuk buat laporan tetapi kes dianggap selesai.

“Mereka minta saya jumpa dengan kakak itu supaya padamkan video tersebut, kalau tak padam baru boleh buat report.

“Sekarang ini kakak tu dah padam video tersebut, namun malangnya ianya sudah jadi viral kerana orang dah ramai kongsi,” ujar anak sulung daripada empat beradik ini.

Sebahagian daripada komen-komen netizen berkaitan insiden tersebut.

Dalam masa sama, Afifah terharu kerana ramai yang memberi sokongan kepadanya.

“Saya hargai setiap sokongan dan nasihat yang diberikan, InsyaAllah saya akan perbaiki kekurangan diri saya,” katanya.

Menurut Afifah, dia sudah meminta maaf atas tindakan kurang ajar terharap wanita itu dan berharap sesiapa yang menyimpan dan menviralkan video tersebut di YouTube, Instagram, Facebook dan sebagainya supaya memadamnya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana ia melibatkan maruah keluarga saya , maruah diri saya dan menjejaskan reputasi syarikat .

“Saya tak nak besarkan lagi kes ini lagi pun benda dah selesai,” ujarnya yang sudah bekerja di syarikat itu sejak tahun lalu setiap kali cuti semester. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Gadis, bengang, pelanggan maki

Artikel Lain