"KENAPA mandul? Duit banyak usahalah lebih sikit." Demikian kata seorang pelayar Instagram kepada usahawan produk kecantikan berasaskan inai, Iramnaz Hafiz Sadir sehingga wanita itu menitiskan air mata. Dia yang mesra disapa Inaz membuat perkongsian itu menerusi satu video pendek di laman Instagram sehingga mengundang simpati ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 7 tahun kahwin, tapi penceramah topik rumah tangga belum ada anak, “Isteri pernah left kumpulan WhatsApp” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan” Bercerita kepada mStar, wanita berusia 23 tahun itu mengakui tidak dapat menahan air matanya selepas menerima komen berkenaan yang disifatkan agak melampau. Perkongsian Inaz yang tular di Instagram dan Twitter. "Individu tu dah lama follow saya di Instagram, selalu komen bukan-bukan. Tapi kali ni bila agak melampau, saya terpaksa share. "Ramai juga orang lain lalui benda sama, ada yang rasa rendah diri sebab tak ada zuriat. Selepas saya post video tu, ramai yang kongsi kisah mereka dengan saya. "Tapi saya sebenarnya tak mandul pun, saya pernah hamil sebelum ni, cuma tak ada rezeki, saya keguguran sebab terjatuh. Kami muda lagi, tak adalah terkesan sangat. Siapa yang tak sedih tak ada zuriat, tapi Alhamdulilah suami cukup tenang dan sabar. Keluarga kami pun OK saja. IRAMNAZ HAFIZ SUDIR "Saya pun baru kahwin setahun lima bulan, jadi tak ada lah rasa tekanan sangat. Tuhan pun tahu kita tak bersedia lagi. Anak ni bukan rezeki je, tapi amanah besar kepada kita," kata Inaz. Menurutnya lagi, suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai Rique juga cukup tenang dalam berdepan situasi itu. Ujar Inaz, suaminya baru berusia 22 tahun dan mereka memilih untuk tidak menghiraukan sahaja cakap-cakap mengenai zuriat yang disuarakan oleh orang sekeliling. Inaz dan suaminya, Rique. "Kami muda lagi, tak adalah terkesan sangat. Siapa yang tak sedih tak ada zuriat, tapi Alhamdulilah suami cukup tenang dan sabar. Keluarga kami pun OK saja. "Sebelum kahwin pun saya ada tanya, bagaimana jika kami tidak ada anak? Dia cakap tak apalah, boleh ambil anak angkat. "Siapa yang tak nak anak sendiri, tapi kami terima ketentuan Allah," ujarnya lagi. Komen warga Twitter yang bersimpati dengan nasib Inaz. Dalam pada itu, Inaz turut menasihati semua pihak agar lebih sensitif dalam mengajukan soalan-soalan berkaitan zuriat, khususnya kepada pasangan yang tidak memiliki cahaya mata. "Betul ada kebebasan, tapi kenalah beralas. Ada netizen kata saya boleh beli handbag, tapi tak buat rawatan kesuburan. "Ada yang jenis komen nak provoke, nak tanya soalan tu tak ada masalah. Tapi kena ada cara yang betul," katanya lagi. Selain perkongsian di Instagram milik Inaz, video sayu itu turut dikongsi seorang netizen di laman Twitter sehingga menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).