suria

Kecoh, Thanos singgah Terengganu beli ayam gunting... Guna telefon pun boleh!

Salah satu foto yang disunting oleh Wan tular di laman Twitter.

DEMI membantu perniagaan ayam gunting milik rakannya, seorang jejaka membuat promosi dengan cara kreatif apabila dia membuat suntingan gambar berkonsepkan watak adiwira filem terkenal Hollywood.

Foto-foto yang dimuat naik menerusi laman Instastory Marwan Mohamad, 23, kemudiannya dikongsikan menerusi Twitter oleh seorang lagi rakannya sehingga menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Wan, anak kelahiran Terengganu itu berkata, dia cuba mencari kelainan dan tidak menyangka ia akan menjadi tular sehingga menerima 10,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dedah kisah di sebalik visual seram imej anak berbeza di cermin

"Saya rasa kalau promote gambar-gambar biasa tu dah ramai buat, jadi saya edit jadi macam tu.

Antara foto yang disunting oleh Wan.

"Saya edit ni pun sebab minat dan nak hilangkan rasa bosan je. Saya pun memang suka edit gambar kawan-kawan, buat gambar pelik-pelik untuk suka-suka je.

"Serius tak sangka akan jadi viral. Saya pun post di Instastory. Kawan yang kemudiannya post dalam Twitter. Kalau tak, tak akan viral pun rasanya," ujarnya kepada mStar.

Saya pun harap moga rezeki dia bertambah. Hari ni kita tolong dia, esok-esok kita berniaga dia pula yang tolong.

MARWAN MOHAMAD

Menerusi foto yang disunting olehnya, Wan menampilkan watak-watak adiwira dari filem Transformers dan Avengers seperti Thanos, Captain America dan beberapa watak lain dari filem Transformers, Godzilla dan Fast and Furious.

Kata Wan lagi, gerai ayam gunting berkenaan diusahakan secara bersama oleh seorang rakan dan adiknya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

Gerai ayam gunting milik rakan Wan di Pantai Teluk Ketapang.

Malah kata Wan, dia gembira dapat membantu untuk memperluaskan lagi rezeki perniagaan rakannya.

"Masa post di Instagram tu dia ketawa, bila viral dia memang terkejut.

"Saya pun harap moga rezeki dia bertambah. Hari ni kita tolong dia, esok-esok kita berniaga dia pula yang tolong," kata Wan.

Hasil karya Wan yang tular di Twitter.

Berkongsi mengenai hobinya, Wan mengakui mula belajar menyunting gambar sejak berada di bangku sekolah lagi.

"Saya belajar di Youtube. Saya edit biasa-biasa je. Ramai yang lebih pandai edit. Saya pun edit guna telefon.

"Kadang-kadang kita download aplikasi, ada sekali diajar cara untuk edit," katanya yang mula belajar membuat suntingan secara serius sejak sekolah menengah.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum mereka dengan kreativiti Wan dalam membantu perniagaan rakannya.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain