MEDIA sosial sejak lewat malam Selasa lalu gempar dengan kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendakwa remaja perempuan warga Ireland yang hilang dan ditemui mati, Nora Anne Quoirin dirogol oleh Orang Asli. “Perogol Nora Anne adalah Orang Asli. Police will never find the killer cuz (because) most Orang Asli still don’t have IC or any sort of citizen. (Polis tidak akan jumpa pembunuh kerana kebanyakan Orang Asli masih tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang kewarganegaraan),” dakwa pengguna Twitter bernama Zikri Armstrong menerusi akaun @tertumbuk. Bagaimanapun berdasarkan semakan, akaun Twitter tersebut telah dinyahaktifkan. ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan Nora Anne ARTIKEL BERKAITAN: Bedah siasat Nora Anne: Tiada tanda penculikan, tak ada bukti dirogol Rata-rata netizen terutama masyarakat Orang Asli berang dengan kenyataan yang berbaur fitnah dan hasutan itu. Dakwaan seorang pengguna Twitter berhubung kes kematian Nora Anne. “Keputusan bedah siasat belum keluar, kamu dah buat macam-macam andaian. Itulah namanya gatal tangan. Selamat dikutip PDRM (Polis Diraja Malaysia),” tulis seorang netizen. “Mayat tanpa pakaian = rogol dan bunuh? Hentikan jadi novel man (penulis novel). Kamu bukan salah seorang daripada pasukan forensik,” komen seorang netizen. “Hello, saya mewakili anak Orang Asli yang akan berjaya. Nak tanya, seronok ye Zikri Armstrong ni menuduh orang?? Ada bukti ke encik? Saya marah ni dahlah kata most of us still don’t have IC or any sort of citizen data. Apa kau ingat ni zaman Paleolitik ke?,” katanya. “Bangga menjadi orang Sabah dan anak Orang Asli. Bro @tertumbuk, saya anak Orang Asli. Ada IC, pasport ada kad bank, berpelajaran. Saya tak main WeChat, Tik Tok tak kahwin awal. Otak pun saya ada. Hati-hati dengan kenyataan tu,” tambahnya. Luahan netizen mengenai dakwaan membabitkan Orang Asli. Berdasarkan bedah siasat, Nora Anne, 15, yang hilang dari sebuah resort dekat Seremban, Negeri Sembilan sejak 4 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop pada Khamis berkata, tiada kesan atau tanda Nora Anne dirogol. “Ada sedikit calar-calar dan luka-luka kecil di kaki Nora Anne namun ia tidak menjurus kepada kematian kepada mangsa,” katanya pada sidang media. Terus lapor dan amat berharap PDRM akan mengambil tindakan. Sekarang padan muka. Tertumbuk dah terduduk mungkin. NETIZEN Polis juga akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun bernama Zikri Armstrong kerana memuat naik kenyataan berbaur fitnah di Twitter kerana mendakwa Nora Anne dirogol Orang Asli. Satu laporan polis yang dibuat pada petang Rabu, dimuat naik di Twitter menunjukkan seorang individu yang mewakili Orang Asli membuat aduan berhubung kenyataan pengguna Twitter Zikri Armstrong menerusi akaun @tertumbuk yang berbaur fitnah. Satu laporan polis yang dibuat terhadap individu yang membuat kenyataan fitnah membabitkan kes Nora Anne. Difahamkan terdapat permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang didakwa membuat kenyataan fitnah berhubung kes kematian Nora Anne. Dimuat naik oleh pengguna Twitter yang mendakwa dirinya adalah abang kepada suspek pada petang Khamis, pelaku mengakui ketika kenyataan dibuat, bedah siasat masih dijalankan dan dia tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi. “Kerana terjebak dengan filem CSI (Crime Scene Investigation), saya gemar membuat andaian dan saya tidak patut membiarkan andaian yang tidak matang itu berada di sosial media kerana ianya mampu menghasut orang lain. “Setulus hati saya, saya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama,” menurut kenyataan itu yang membuat permohonaan maaf kepada masyarakat Orang Asli, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Permohonan maaf yang didakwa membabitkan kenyataan fitnah berhubung kes kematian Nora Anne. Bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan permohonan maaf itu. “Kan dah tertumbuk diri sendiri,” sindir netizen di atas kesilapan yang dilakukan oleh pengguna Twitter itu. “Terus lapor dan amat berharap PDRM akan mengambil tindakan. Sekarang padan muka. Tertumbuk dah terduduk mungkin. Amat berharap kes ini akan mengajar orang untuk menulis di Twitter dengan bertanggungjawab pada masa akan datang,” komen netizen lain.