suria

Awas! Gadis single kerja kerajaan diminta kahwini lelaki sejati, bukan ‘biawak jantan tak guna’

Kenali pasangan terlebih dahulu sebelum ke fasa lebih serius.

SOAL jodoh perlulah difikirkan dengan sebaik-baiknya, kelak tersalah pilih, diri kita juga yang merana.

Terbaharu, tular perkongsian di Facebook mengenai beberapa kes atau senario rumah tangga yang berlaku dalam masyakarat kita, tetapi mungkin tidak diketahui ramai.

Tidak dinafikan ada segelintir lelaki sengaja 'memburu' isteri yang bertugas sebagai penjawat awam sebelum memujuk mereka membuat pinjaman bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Menerusi perkongsian Harith Faisal di laman Facebook, dia menceritakan pengalaman seorang rakannya yang memujuk isterinya yang juga kakitangan kerajaan untuk membuat pinjaman peribadi selepas mereka berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok dia tiba-tiba jadi suka” - Nak kahwin cepat, gadis beritahu bakal suami ‘tak mahu hantaran’, sama-sama kumpul duit buat majlis

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh” - Selepas 3 tahun kahwin, wanita ini lega ikut nasihat ibu... siap buat sistem jadual!

“Aku ada kawan yang arwah isteri dia dulu penjawat awam. Lepas kahwin, dia pujuk isteri dia buat personal loan sampai maksimum untuk modal bisnes. Tolak di payslip. Malangnya, bisnes tak menjadi. Modal hangus.”

Ramai pasangan hari ini membuat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan mereka. - Gambar hiasan

“OK Then? Tak sempat habis bayar hutang tu, isteri dia meninggal. Dia kata, untung juga macam tu. Personal loan tu terus langsai sebab ia dilindungi takaful," katanya.

Harith yang juga pakar kewangan dan hartanah mendedahkan rakannya itu turut merancang mahu memperisterikan penjawat awam sekali lagi selepas kematian isterinya.

"Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi. Jangan diceraikan pula isteri baharu dia tu lepas dapat duit personal loan.

"Lepas cerai, bekas isteri tetap kena bayar hutang personal loan tu setiap bulan sebab memang tolak kat payslip, kan. Saya sendiri pernah jumpa single mom yang berhutang personal loan berpuluh, beratus ribu.

"Pun sama, bekas suami guna untuk bisnes, bisnes melingkup. Lalu diceraikan dengan alasan dah tak sehaluan," dakwanya.

Jelasnya lagi, kebiasaannya spesies lelaki seperti itu akan menjadikan guru atau jururawat sebagai sasaran mereka.

Antara komen netizen berkenaan posting tersebut.

"Seorang bekas banker ada beritahu saya yang memang cikgu dan nurse lah profesion yang biasa akan apply maksimum personal loan. Masa apply tu pasangan mereka ikut sekali.

"Disuruhnya apply maksimum selagi boleh. Bekas banker tu kata, dia berhenti kerja pun sebab tak sanggup nak hadap situasi macam tu. Rasa serba salah kot," katanya.

Cerita Harith dengan lebih lanjut, gaji bersih yang diterima penjawat awam juga amat mengejutkan dek kerana perlu membayar hutang.

Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi. Jangan diceraikan pula isteri baharu dia tu lepas dapat duit personal loan.

HARITH FAISAL.

"Dia share lagi, memang ramai je penjawat awam gaji kasar ribu-ribu, tapi gaji bersih dalam payslip tinggal baki ratus-ratus saja sebab hutang santak sampai habis.

"Jadi, kepada penjawat awam yang single-single tu, berhati-hati pilih pasangan hidup. Jangan naif sangat sampai sanggup kena tipu hidup-hidup. Disangka kahwin dengan lelaki, rupanya dia 'biawak jantan tak guna'," katanya.

Posting Harith mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata bersetuju dengan posting tersebut kerana ada antara ahli keluarga dan rakan mereka pernah melalui pengalaman serupa.

Jururawat dan guru antara yang sering menjadi sasaran lelaki 'biawak'.

"Kakak saya rela berpisah dengan tunang dia walaupun tarikh kahwin dalam sebulan lagi. Sebab bekas tunang minta dia buat loan. Kakak saya seorang guru.

“Kami semua sokong tindakan kakak. Kalau belum kahwin dah minta dia buat macam tu bayangkan kalau dah kahwin. Macam-macam lagi dia boleh minta kakak saya buat," tulis Shira Shahira.

Sementara itu, Ruviantie Roslan berkata: "Ya betul. Ramai kawan saya kena macam ni. Buat loan untuk suami buat bisnes... maksimum pula tu, bulanan RM1k++ bayar.

"Ada juga yang jenis sayang suami tak bertempat, buat loan sebab tak nak tengok suami susah. Last-last suami habis kursus naik pangkat bercerai.

"Alasan tak sehaluan. Sekarang dia yang tanggung sorang loan tu dan jaga empat orang anak. Bekas suami satu sen pun tak bagi nafkah anak," katanya.

"Kawan saya dulu disuruh buat personal loan untuk renovate rumah mentua yang kononnya kan jadi rumah 'mereka' kelak. Malangnya kawan saya diceraikan dan duit loan tersebut masih dibayar hingga kini," tulis Aida Zaizul.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain