suria

Kecoh pesalah pedofilia di UK kini penuntut PhD UKM, penyelia minta henti kecam genius Matematik...“Dia ada kelas tersendiri, saya bagi thumbs up”

Nur Fitri sedang menyambung pengajian peringkat PhD di UKM, Bangi.

KISAH pelajar genius Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin yang pernah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan kerana didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London pada 2015, tiba-tiba menjadi bualan hangat di Twitter.

Ia bermula dengan satu tweet yang dikongsi seorang pelayar Twitter yang mendakwa Nur Fitri sedang menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setakat ini tweet tersebut mendapat 9,400 ulang kicau dan 4,700 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesalah Pedofilia Seorang Bebas Selepas Jalani Hukuman Di UK - Timbalan KPN

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang profesor di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi UKM yang juga penyelia utama tesis Nur Fitri.

Posting mengenai perkara itu tular di Twitter.

Ketika ditanya mengenai isu yang tular itu, profesor tersebut yang enggan namanya didedahkan mengakui Nur Fitri sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tersebut.

"Memang betul dia masih lagi belajar... sambung ke PHD sekarang, dah masuk tahun kedua dibawah saya.

"Sebenarnya dia daftar sebagai pelajar Masters dan dah selesai buat Masters  dalam masa setahun. Sepanjang tempoh itu dia berjaya hasilkan output yang baik dan peroleh keputusan yang cemerlang.

"Atas sebab itu dia dapat kemudahan untuk transfer ke pengajian peringkat PHD dan perkara tersebut sudah dapat kelulusan Senat universiti," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Bercerita mengenai keperibadian Nur Fitri, profesor tersebut mengakui kebijaksanaan pelajar berusia 27 tahun dari Malim Nawar, Perak itu.

"Saya dengan dia tak ada masalah. Saya akui dia memang seorang yang bijak... dia juga lain daripada lain dan ada kelas tersendiri.

"Kalau kira dari segi peratusan tahap genius... dia dalam lima peratus tertinggi," katanya.

Nur Fitri Azmeer Nordin.

Malah semasa diawal kemasukan Nur Fitri ke universiti itu, profesor berkenaan berkata pelajar itu mengakui rasa janggal tetapi beliau menasihatinya supaya mulakan kehidupan baharu.

"Saya beritahu direct kepada dia, saya tahu cerita dia. Dari kaca mata Nur Fitri, dia kata dia tak buat salah pun. Saya terima tapi saya beritahu dia saya tak nak tahu selebihnya.

"Saya mahu dia start fresh dan dia pun ok. Kita sebagai manusia sentiasa buat salah dan saya rasa tak salah jika kita beri dia peluang kedua," katanya.

Setakat ini semua saya bagi thumbs up lah. Bagi saya selagi tak ada kes baharu, saya anggap bahawa dia sudah berubah. Jadi saya minta orang ramai jangan mudah percaya cerita di media sosial. Manusia ni suka tengok yang buruk je, apa kata cuba tengok sisi baharu dia pula.

PENYELIA UTAMA TESIS NUR FITRI AZMEER NORDIN.

Susulan tular beberapa cerita kurang enak mengenai pemuda itu, profesor tersebut menggesa orang ramai supaya berhenti mengecam dan menyebarkan perkara tidak berasas sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penuntut universiti tersebut.

"Saya tak nak korek cerita lamalah. Saya berpandangan setiap manusia boleh diberi peluang kedua. Alhamdulillah saya dengan dia tak ada masalah dari segi kerja. Malah dia juga banyak tolong pensyarah dan pelajar lain.

"Infact dia bagi tutorial kepada pelajar lain, malah pergaulan dia pun ok. Kami pun ada kumpulan penyelidikan kami sendiri dan dari kumpulan tu dia nampak ok. Tak ada report negatif pelajar lain kepada saya.

Antara reaksi netizen terhadap posting tersebut.

"Setakat ini semua saya bagi thumbs up lah. Bagi saya selagi tak ada kes baharu, saya anggap bahawa dia sudah berubah. Jadi saya minta orang ramai jangan mudah percaya cerita di media sosial. Manusia ni suka tengok yang buruk je, apa kata cuba tengok sisi baharu dia pula," katanya.

Nur Fitri yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

Ketika ditahan, polis mendapati pelajar itu yang juga pemegang biasiswa Matematik, memiliki 601 video dan imej lucah kategori A iaitu kategori penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah ka­tegori B dan C.

Nur Fitri merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Ma­laysia (SPM) pada 2009, Nur Fitri meneruskan pelajarannya di salah sebuah kolej persediaan antara­bangsa di Malaysia sebelum ditawarkan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran di Imperial College di London dalam jurusan Matematik.

Pada tahun 2011, Nur Fitri pernah bertanding dalam Kejuaraan Olim­pik Matematik di Amsterdam.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain