MENGHADAP tok kadi masa majlis akad nikah memang boleh membuatkan perasaan gemuruh pengantin lelaki bagai sukar digambarkan, di samping penantian penuh debaran pengantin perempuan. Majlis yang sepatutnya dilangsungkan dalam suasana tenang bagi memberi tumpuan kepada pengantin untuk melafazkan nikah, ada kalanya terganggu dek bunyi bingit jeritan dan tangisan kanak-kanak yang hadir. Susulan pengalaman sebagai tetamu melihat dan mendengar kanak-kanak membuat bising pada majlis itu, seorang gadis yang bakal berkahwin berhasrat untuk menetapkan larangan untuk kanak-kanak hadir pada majlis akad nikahnya. “Jangan bash (kecam) I tapi I nak tanya, ada tak majlis nikah yang tak benarkan budak kecik (1-7 tahun) masuk ke dewan nikah? Sebab I rasa macam I nak buat,” soalnya menerusi perkongsian di laman sosial Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal… Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang “Lafaz kedua, salam makin ketat…” ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun tunggu, bekalan elektrik terputus malam pernikahan... Pengantin 'on' nikah, “kami dah sedia, tak kisahlah blackout pun” Menurut gadis itu, dia pernah menghadiri majlis nikah yang bising dengan keriuhan kanak-kanak, ditambah pula suara orang dewasa bercakap ketika majlis berlangsung. “Memang bising bukan setakat budak, orang dewasa pun duk bercakap. Sampailah tok kadi cakap kuat-kuat dekat mikrofon suruh semua senyap. Semua terkejut tapi alhamudulillah semua behave lepas tu,” katanya. Pertanyaan seorang gadis di laman sosial meraih perhatian netizen. Dia kemudian memberitahu hasratnya itu merujuk kepada majlis pernikahan yang berlangsung kurang dari dua jam, dengan sesi akad dijalankan selama beberapa minit. Namun katanya, ia tidak bermakna kanak-kanak langsung tidak dibenarkan berada di majlis nikah, tetapi mereka disarankan berada di luar kawasan sesi akad nikah bagi kelancaran majlis. “Waktu majlis nikah kebiasaannya orang nak fokus pada majlis. Isi kandungan dari khutbah tok kadi pun penting untuk semua orang dengar terutama pengantin sendiri. “Memang akan ada masalah bising bila ada budak, tambahan pula ibu bapa yang tak ada common sense bila anak bising,” komen seorang jurugambar perkahwinan. Komen netizen membincangkan pandangan masing-masing. Beberapa netizen turut bersetuju dengan cadangan tersebut kerana segelintir ibu bapa mengambil sikap sambil lewa terhadap anak-anak mereka semasa majlis berlangsung. “Buat please sebab ada ibu bapa tak reti jaga anak, sibuk selfie chit chat. Biar je anak-anak main sana sini sampai kacau kek pengantin,” ujar ibu tiga anak itu. “Anda patut (lakukan). Kerana budak-budak sentiasa akan merosakkan majlis hahaha,” ujar netizen secara berseloroh. Bising bukan setakat budak, orang dewasa pun duk bercakap. Sampailah tok kadi cakap kuat-kuat dekat mikrofon suruh semua senyap. GADIS Seorang wanita turut berkongsi mengenai gangguan yang berlaku pada majlis akad nikah sepupu yang dihadirinya. “Waktu pengantin lelaki tengah akad nikah, hampir kebanyakan kenalan nak ambil video kan? Tapi yang dengar suara kanak-kanak je. “Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam. Ibu bapa semua macam no komen. Anak buat bising tapi buat tak tahu je. Hormat sikit momen bahagia orang,” katanya dengan nada kesal. Maklum balas netizen mengenai hadirin tertentu ke majlis akad nikah. Seorang netizen bersetuju dengan pendekatan ‘RSVP’ atau maklum balas untuk kehadiran sesuatu majlis tetapi katanya, ia berisiko kerana dikhuatiri ada ahli keluarga yang tersinggung kerana tidak membenarkan kanak-kanak hadir sama. Dalam pada itu, ada netizen yang memberitahu bahawa terdapat majlis akad nikah yang mensyaratkan tiada hadirin kanak-kanak. “Ada, jiran saya dia orang kaya. Cuma yang dapat kad jemputan je boleh masuk. Kerusi ada nombor,” katanya. “Ada, kena RSVP. Memang sebut macam boleh pergi berdua, dengan pasangan sahaja,” ujar yang lain.