NIAT murni bertukar tragedi. Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis apabila menjadi mangsa gangguan seorang lelaki tua yang cuba dibantunya semasa menaiki perkhidmatan KTM Komuter pada pagi Ahad lalu. Menurut Nurfazlina Suhaili, dia menaiki komuter dari stesen UKM dan duduk di koc wanita sebelum dihampiri seorang lelaki dalam lingkungan 50-an yang kelihatan mahu meminta tolong. "Pagi tu saya nak pergi training untuk Sukma Selangor dekat Shah Alam. Saya ni tak pernah naik komuter sorang-sorang, jadi kawan saya suruh tunggu dekat stesen TBS-Kajang. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik main Pokemon Go, jejaka ini diganggu kaum sejenis, mula tanya “seorang ke?" kemudian nak ikut naik bilik...geram betul kat mamat tu! "Saya naik dari stesen UKM pukul 7.31 pagi. Lepas tu saya masuk ikut pintu di belakang driver untuk jalan ke koc wanita. Waktu tu ada seorang aunty duduk sebelah kerusi biasa (berkembar) dekat koc biasa. Liyn yang sedang duduk di kerusi panjang koc wanita tiba-tiba didatangi lelaki tua berjubah dan kopiah putih. “Mulanya saya nampak pakcik tu duduk bahagian depan. Kemudian dia macam nak jalan ke belakang. Saya peliklah tapi tak pe lah setakat nak lalu je. Lepas dia lalu tu tiba-tiba dia senyum dan duduk sebelah saya dalam koc wanita tu,” katanya kepada mStar. Pada awalnya, Nurfazlina atau lebih mesra disapa Liyn berkata dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sehinggalah lelaki tua itu berkelakuan pelik. “Mula-mula dia macam nak tanya sesuatu sebab tu saya jawab apa yang ditanya. Dia tanya belajar mana dan nak pergi mana. Lepas saya jawab dia cuba duduk rapat lagi dengan saya. “Saya cabut beg training letak sebelah supaya ada gap. Lepas tu saya tak layan dia, saya dengar lagu. Bila saya tak layan dia terus cuit saya. Dia tanya bila lagi boleh jumpa? Isnin ada kelas tak? Kalau tak ada nak no phone boleh?. Komen netizen yang pernah terserempak dengan pak cik tersebut. “Dia kata lagi saya ni single father, mana tahu boleh jumpa lagi ke lepas ni. Saya senyum je. Lepas tu saya injak ke tepi lagi sampai nak jatuh dari kerusi panjang tu. Dia tetap pandang saya. Saya ternampak dari side mata saya tiba-tiba dia pegang ‘dia punya’,” katanya. Cemas dengan situasi itu, gadis berusia 20 tahun itu bangun dari tempat duduknya selepas pengumuman komuter akan berhenti di stesen Kajang. “Saya pura-pura nak berhenti stesen Kajang. Saya bangun je dia tarik tali beg saya. Saya sepak beg saya tu dan terus lari ke kerusi depan sementara tunggu kawan saya masuk dari stesen tu. “Waktu tu saya dah cuak, tangan saya berpeluh-peluh… ya lah first time kena. Waktu kawan saya sampai tu saya nangis depan dia. Walaupun saya dah berjaya larikan diri, pakcik tu masih intai saya dari tempat duduk dia. “Tapi saya bersyukur kebetulan ada seorang uncle dan aunty India duduk dekat kerusi depan. Kalau tak ada orang waktu tu saya tak tahulah apa nasib saya ketika itu,” katanya. Komen netizen mengenai posting Liyn yang tular di Twitter. Bimbang dengan insiden itu, Liyn berkongsi pengalaman ngerinya itu dalam satu bebenang di Twitternya baru-baru ini.Perkongsian itu mendapat 18,900 ulang kicau dan 8,272 tanda suka dengan rata-rata netizen simpati dan berang dengan perbuatan lelaki tua itu. Justeru Liyn menasihatkan golongan wanita supaya berhati-hati sekiranya ternampak lelaki tua itu selepas ini. “Pakcik tu nampak sangat baik. Dia pakai jubah putih, kopiah putih, muka dia nampak bersih dan bermata coklat… bolehlah di kategorikan sedap mata memandang. “Memang tak sangka dia akan buat macam tu. Saya harap insiden ini jadi pengajaran kepada golongan wanita. Kalau boleh jangan bergerak solo dan jangan mudah percaya dengan semua orang. “Tak semua orang yang kita nampak macam perlukan pertolongan betul-betul mahukan bantuan kita. Ada yang ambil kesempatan. Jadi berhati-hati semua,” kata penuntut di sebuah kolej swasta di Bangi itu.