suria

Gara-gara buku Thomas and Friends, budak ini merajuk bawa khemah, "Kalau lari lagi, nanti kena culik potong kaki"

Atif merajuk gara-gara mahu buku cerita Thomas and Friends.

NAK melayan karenah kanak-kanak memang perlukan kesabaran. Apa yang penting perlu memahami dan pandai memujuk dengan cara yang betul.

Lain kanak-kanak lain pula ragamnya terutama apabila gagal mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

Bagi Atif Hadif Fitri Hakim,6, percubaan untuk menarik perhatian ibu bapanya nyata ’menjadi’ apabila keluar rumah memikul beg dan khemah kesayangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak sangka dia garang macam tu" - Ibu terkejut kena marah, anak merajuk dikata 'tak cantik'

Menurut ibu saudaranya, Afiqah Syazana Ab Rahman,24, anak buah kesayangan itu merajuk gara-gara ingin membeli buku cerita Thomas and Friends.

“Sebenarnya dia memang inginkan buku cerita tu. Jumaat lalu ketika di tadika, ada ‘promoter’ buku tu datang  tunjuk flyer buku tersebut.

Afiqah bersama anak buah kesayangannya.

“Atif dah beritahu ibunya, Athirah Izzati dia nak buku tu.

“Sebenarnya ibu Atif dah beli buku tersebut, cuma mengambil masa tiga hari untuk sampai ke rumah.

“Tetapi Atif tetap tanya mana bukunya. Selepas tak ada siapa melayan, dia mulalah cari perhatian,” kongsi Afiqah kepada mStar.

Jelas Afiqah, apabila buku tempahannya itu belum kunjung tiba, Atif mula merajuk.

Pertama kali Atif merajuk keluar rumah bawa khemah. Selepas diusik mamanya kalau lari kena culik potong kaki, barulah dia takut.

ATIQAH SYAZANA AB JABAR


“Mula-mula dia duduk luar pintu. Kami semua buat tak nampak walaupun papanya ada intai dia dari dalam.

“Bila dia tahu papa dia intai, terus dia jalan perlahan-lahan keluar pagar, lepas tu papa dia terus ikut dari belakang. Kami gelak sahaja tengok karenah dia apabila siap bawa khemah.

“Selepas papa dia pujuk naik motosikal, mama dia tanya kenapa dia merajuk.


“Jadi dia cakaplah dia nak buku Thomas and Friends. Bila mama dia dah jelasnya, dia masih ‘muncungkan’ mulutnya.

“Tetapi apabila mama dia tunjuk satu gambar kanak-kanak kena culik potong kaki, baharu dia takut dan janji tak mahu buat lagi,” katanya yang memang rapat dengan Atif.

Afiqah yang tinggal bersama keluarga di Kamunting, Perak memberitahu, dia berkongsi video anak buahnya itu di laman Twitter.

“Ramai yang komen kelakar tengok karenah Atif dan ada juga yang memberi pandangan negatif.

“Tetapi saya tahu anak buah saya buah tu hanya merajuk main-main sahaja. Dan itulah kali pertama dia buat macam tu,” jelasnya yang mendapat perkongsian videl lebih 13,000 ulang kicau.   

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Merajuk, Thomas and Friends, khemah

Artikel Lain