suria

Sanggup tolak tawaran kerja lumayan di AS demi ibu, semuanya kerana dihantui memori silam, “Dia sampai tiga hari lepas arwah ayah dikebumikan”

Perkongsian jejaka itu mengenai rakannya ternyata menarik perhatian pelayar Twitter.

TANPA ibu bapa, siapalah kita di dunia ini?

Berpegang pada prinsip itu, anak yang bertanggungjawab pasti akan mendahulukan kedua-dua orang tua mereka dalam apa jua perkara.

Di Twitter pula, tular perkongsian mengenai isu itu yang dikongsikan oleh seorang jejaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira"

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

Menurut individu tersebut, rakannya sanggup menolak tawaran lumayan untuk bekerja di Amerika Syarikat (AS) demi memberi perhatian kepada ibunya.

Menggunakan nama Dinie Zikry, dia berkata rakannya yang berusia 23 tahun merupakan graduan yang baru menamatkan pengajian di Switzerland.

"Dapat offer kerja US gaji sebulan AS$10,000 (RM42,072) sebagai jurutera sistem.

"Dengan yakin dia tolak dan ambil kerja kat sini je (Malaysia) gaji RM2,000 lebih. Sebab? Nak jaga mak dia," tulisnya.

Dia bijak memilih. Bila kita jaga kebajikan ibu bapa, Allah akan permudahkan segala punca rezeki dia.

NETIZEN

Perkongsian kisah itu ternyata menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 15,200 ulang kicau (Retweet).

Sambung pemuda itu lagi, rakannya enggan 'pisang berbuah dua kali' dan tidak mahu berhadapan detik duka seperti yang terjadi sebelum ini.

Ia kerana rakannya itu tidak sempat pulang sewaktu ayahnya meninggal dunia, suatu ketika dahulu.

Paparan skrin perkongsian Dinie Zikry di Twitter yang menarik perhatian ramai.

"Sebab masa dia belajar dia tak dapat balik masa ayah dia meninggal. Flight delay.

"Dia sampai Malaysia tiga hari lepas arwah ayah dia dikebumikan. And dia tak nak lalui semua tu lagi," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen dan reaksi.

Antara komen-komen netizen.

Selain menyokong tindakan individu tersebut yang mendahulukan ibunya, tidak kurang juga yang menganggap dia melepaskan peluang keemasan untuk bekerja di AS.

"Teringat arwah ayah, dapat peluang kerja luar negara. Dah buat kenduri, tumbang kambing apa semua. Tapi arwah nenek nangis-nangis nak lepaskan ayah. Ayah tolak tawaran tu, seminggu lepas ayah tolak tawaran tu, arwah nenek meninggal. Tak lama lepas tu ayah dapat naik pangkat.

"Dia bijak memilih. Bila kita jaga kebajikan ibu bapa, Allah akan permudahkan segala punca rezeki dia.

"Why tak guna gaji tu untuk bawak mak dia pegi AS instead?" komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gaji, tawaran kerja, demi ibu, anak

Artikel Lain