suria

Hairan dapat semula barang peribadi 20 minit selepas diragut, “Kalau dia tak ada duit nak beli susu anak, saya maafkan”

Lokasi Diana (gambar kecil) diragut di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

HASRAT seorang gadis untuk keluar makan tengah hari bersendirian di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu bertukar tragedi apabila dia cedera akibat diragut.

Selain beg silang miliknya dilarikan, dia turut disepak oleh peragut lelaki yang menaiki motosikal.

Menurut Diana Daniel, 23, dia berjaya mendapatkan semula barangan miliknya tidak lama selepas diragut hasil bantuan seorang lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur... kakak cedera diseret peragut, rasa bersalah kawan pun kena sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”

Namun katanya, dia agak skeptikal dan mendakwa seakan-akan wujud sindiket bagi mengelakkan kes itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Saya rasa macam kejadian ni didalangi sindiket, macam sudah dirancang. Masa tu saya tak bawa duit banyak, RM20 sahaja. Jadi tak adalah rasa rugi pun.

"Dalam 20 minit lepas kena ragut, ada seorang lelaki WhatsApp, beritahu jumpa pelbagai kad saya bertaburan tepi jalan.

Posting Diana di Twitter mengenai kes tersebut.

"Kad bank, lesen, kad pengenalan dan kad nama saya semua ada. Tapi dia siap cakap nasib baik telefon saya selamat. Macam mana dia tahu? Saya wonder ada something wrong.

"Mungkin mereka sepakat, pulangkan balik dokumen-dokumen penting. Bila dah dapat, duit pun tak banyak kena ragut, jadi mangsa tak akan pergi report," ujarnya yang cuba membuat gambaran mengenai modus operandi berkenaan.

Masa saya pergi report di Balai Polis Wangsa Maju pun, ada orang lain yang baru selesai buat report kes ragut juga.

DIANA

Mangsa Ragut

Menguatkan lagi dakwaan itu, Diana turut menerima maklumat daripada beberapa netizen yang turut mengalami kejadian serupa.

Malah, cara mesej yang dihantar oleh individu yang kononnya berjaya menemui barangan mangsa ragut juga lebih kurang sama.

"Bila saya post di Twitter, ramai yang kongsi pernah kena kes sama macam saya.

"Kes sama, conversation mesej pun sama. Sebelum ni pun pernah dengar kes macam ni di kawasan Wangsa Maju.

"Masa saya pergi report di Balai Polis Wangsa Maju pun, ada orang lain yang baru selesai buat report kes ragut juga," ujar Diana lagi.

Mengimbas kejadian pada tengah hari Jumaat itu, Diana yang sedang berjalan di kawasan rumahnya sedang 'bermain' telefon bimbit sebelum dihampiri peragut berkenaan.

Antara perkongsian netizen di Twitter berhubung kes hampir sama.

Tindakan peragut lelaki yang menarik tali beg silangnya menyebabkan dia terjatuh dan mengalami luka di tapak tangan, jari dan siku akibat terkena permukaan jalan tar.

"Dia sepak saya di bahagian kaki, saya bangun dan kejar sambil jerit. Ada orang cuba kejar tapi tak berjaya.

"Saya tak rasa sedih sebab tak rugi pun. Saya rasa marah dan geram, kalau dapat dia memang saya akan buat apa yang patut.

"Nak kata trauma pun tak juga, kena bersedia sebab ia boleh terjadi pada bila-bila masa. Saya nak pesan pada peragut, kalau tak ada duit nak beli susu anak, saya maafkan.

"Tapi saya tak maaf jika mereka ragut sebab nak duit beli dadah. Mungkin polis patut buat rondaan lebih kerap di kawasan itu," ujarnya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Lokasi kejadian ragut melibatkan Diana pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, posting Diana mengenai kes itu menerima lebih 6,300 perkongsian di Twitter.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menjadi mangsa ragut sebelum ini.

"Benda sama jadi dekat saya, padahal bawah condo je.

"I pernah kena juga tapi masa tu berdua dengan kawan I, pukul 6 pagi. Dia turun motor tarik beg I also area Wangsa Maju.

"Kawasan sini memang bahaya sikit awak. Area kawasan rumah sewa kita ni. Awal tahun dulu housemate pun dah kena, I sampai jadi fobia nak keluar sorang. Takut," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain