"KORANG bukan tak cantik cuma kena usaha lebih," demikian kata seorang jejaka yang mana kisah transformasi dirinya menarik perhatian ramai di Twitter. Bercerita kepada mStar, Huszree Tokiman, 19, mengakui gembira dengan keadaan dirinya selepas berhempas-pulas selama dua tahun. Kata Huszree, kemuncak masalah obesiti dirinya berlaku pada 2016 apabila dia mencapai berat hampir 100 kilogram (kg). ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu saiz XXL , kini saiz S... guru akui masyarakat pandang rendah individu gemuk "Sebenarnya saya memang asal gemuk, tapi tak terlalu gemuk sehinggalah sekitar tahun 2016. Kata Huszree, dia kini lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. "Masa penghujung 2016, saya pasang niat untuk mulakan diet. Masa awal 2017 tu kawan dah mula tegur, nampak perubahan. "Masa 2018, bacaan BMI (Indeks Jisim Badan) saya dah jadi normal. Sekarang berat badan saya dalam 67 kg sahaja," ujarnya sewaktu dihubungi. Kalau nak banding masa gemuk dengan sekarang, memang banyak berbeza. Dari segi penerimaan, layanan. Dulu ada yang menjauh, sekarang nak dekat, nak kawan. HUSZREE TOKIMAN Menurut anak kelahiran Johor Bahru itu, banyak sebab menjadi pendorong untuk dia melakukan perubahan pada dirinya. Selain meningkatkan keyakinan diri, dia juga mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan memiliki berat badan ideal. "Bila gemuk, kita sering diketepikan. Tak jadi keutamaan 'budak-budak hot' kat sekolah. "Ada orang ejek berat macam gajah. Saya juga kena reject dengan perempuan, itu punca saya nak berubah. Perkongsian Huszree yang tular di Twitter. "Kalau nak banding masa gemuk dengan sekarang, memang banyak beza. Dari segi penerimaan, layanan. Dulu ada yang menjauh, sekarang nak dekat, nak kawan. "Pada saya semua orang ada kecantikan sendiri. Tak cantik muka, cantik kat hati. Yang penting, abaikan pandangan negatif dan jadi diri sendiri," katanya lagi. Menurut penuntut bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, Melaka itu, dia kini menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain senaman, dia turut menjaga bab pemakanan demi mengekalkan berat badannya yang ideal. Malah, dia juga lebih senang untuk menggayakan pelbagai fesyen dengan berat badan yang dimiliki sekarang. "Dulu nak dress up tak yakin, risau orang pandang. Sekarang, lebih yakin nak berhadapan orang sekeliling. "Sebenarnya kena set dekat minda. Kita bukan tak cantik, cuma kena usaha. Selain buat senaman dua hingga tiga kali seminggu, saya jaga pemakanan. Yang penting, air kosong lebih tiga liter sehari," kongsinya lagi. Sehingga kini, posting Huszree di Twitter menerima lebih 4,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai yang turut meninggalkan komen dan memuji transformasi dirinya.