suria

Diejek kulit gelap, tapi di mata suami isterinya cantik macam Rihanna, “Nak sedih pun tak guna... memang dah hitam”

Ada kini lebih yakin dan menghargai dirinya.

RATA-rata wanita hari ini mengimpikan kulit putih melepak sehingga ada yang sanggup mengambil suplemen tanpa menghiraukan kesan buruknya di kemudian hari.

Semuanya dek kerana stigma masyarakat yang sering kali menganggap kulit hitam itu tidak menawan.

Malah ada yang diejek 'Si Hitam' gara-gara berkulit gelap.

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ada Azam di Twitter, dia meluahkan rasa kurang yakin berkulit gelap sehinggalah bertemu suaminya yang menghargai keistimewaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih pelajar OKU sering diejek pakai baju buruk, tudung senget, jadi mangsa langgar lari, kehidupannya di rumah lebih tragis!

Perkongsian 'I have dark skin also. It had been a problem to me until I met my husband. When I asked him ‘you tak kisah ke I hitam?’ Mana ada you hitam. You brown. Bukan trend ke kulit tu sekarang, macam Rihanna. Sejak daripada tu aku terus perasan aku Rihanna' mendapat 16,900 ulang kicau dan 16,600 tanda suka.

Tweet Ada mendapat reaksi positif di kalangan netizen.

Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap tweet tersebut.

Ada ketika dihubungi mStar berkata dia sudah lali dengan pandangan masyarakat yang sering memperlekehkan warna kulitnya.

"Saya dari kecik memang gelap sampai tahap saya consume satu atau dua produk pemutih. Saya ambil produk tu sebab orang asyik ejek kulit saya hitam... tak cantik.

Bila husband cakap lawa... ok apa (kulit gelap) macam Rihanna saya terus jadi confident. Tiba-tiba terfikir, betul juga mat saleh pun suka kulit gelap (tan).

ADA AZAM.

"Jadi bila orang asyik kata kau hitam... kau hitam, saya jadi rendah diri dan kurang keyakinan. Saya sampai dah lali dan malas nak fikir. Nak sedih pun tak guna memang kulit dah hitam bukan boleh buat apa pun," katanya.

Bagaimanapun Ada berkata dia kini lebih menghargai dirinya kerana kata-kata semangat suaminya.

Ada mengakui dia pernah mengambil produk pemutih selepas diejek kerana berkulit gelap.

"Bila husband cakap lawa... ok apa (kulit gelap) macam Rihanna saya terus jadi confident. Tiba-tiba terfikir, betul juga mat saleh pun suka kulit gelap (tan).

"Jadi dari situ barulah rasa macam lebih appreciate diri sendiri. Sebenarnya tak kisah kulit kita warna apa pun kalau kita pandai jaga tetap akan jadi cantik," katanya.

Malah Ada turut menasihati wanita yang mengalami nasib sama sepertinya supaya tidak mengambil produk pencerah semata-mata mahu kelihatan cantik.

"Hari ini ramai doktor kongsi mengenai kemudaratan produk pemutih di Twitter. Ramai claim produk tertentu bagus tapi sebenarnya beri kesan kepada kesihatan.

"Nasib baik dulu baru beli dua kotak produk pemutih. Jadi tak payah nak makan produk bukan-bukan. Sayangi diri sendiri dan jaga kesihatan kita. Itu lebih penting," katanya.

Antara komen netizen yang turut memuji posting Ada.

Dalam pada itu, Ada tidak menduga tweetnya mendapat perhatian ramai kerana dia hanya mahu meluahkan pengalamannya semasa zaman remaja.

"Niat saya hanya nak share pengalaman untuk suka-suka tapi tak sangka viral. Apa pun kita kena hargailah diri sendiri.

"Kita kena berfikiran positif. Biarlah orang nak ejek kita. (Anggap) ... kita hitam kita Rihanna. Syukurlah dengan keistimewaan yang kita miliki itu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kulit hitam, Rihanna, ejekan

Artikel Lain