SUDAH menjadi adat dalam kehidupan berumah tangga, ada ketikanya berlaku perselisihan faham antara suami isteri. Terbaharu, luahan seorang suami mengenai isterinya menerusi laman Facebook menarik perhatian ramai. Kisah 'kain buruk' antara pasangan berkenaan menjadi tular setelah ia dikongsi sekali lagi menerusi laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat sekolahkan suami obses dara, isteri baru bersalin dah ajak buat ujian DNA, “Tak ada istilah koyak pun” ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin pakai kasut sniker kena kutuk... “Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja” "Hal kain buruk pun boleh jadi isu. Isteri aku minta kain buruk untuk lap kipas. So aku bagilah kain buruk yang kat sinki tu. "Tapi dia cakap kenapa bagi kain buruk sangat? Eh, aku salah dengar ke tadi? Kain buruklah tu. "Then dia cakap ambillah lain buruk yang baru. Aku peninglah. Dia minta kain buruk ke kain baru sebenarnya?" soal lelaki itu. Setuju memang kain buruk ada jawatan. Ada untuk pinggan ada untuk lap meja, lap kalau air tumpah. Lap cermin semua lah. Semua jenis mengikut perjawatanlah ya. NETIZEN Tambah lelaki itu lagi, isterinya juga sering membebel dan bermasam muka setiap kali dia memasak. "Kadang-kadang lepas aku masak nanti aku kena bebel pasal kain buruk. Muncung dia satu hari. Pastu dia basuh kain buruk sehelai dua tu guna mesin basuh. "Aku baru tahu kain buruk ada jawatan masing-masing. Kain lap singki, kain lap dapur, kain lap air tumpah, dan macam-macam. "So para suami sekalian, berhati-hatilah bila nak guna kain buruk tu ya. Tanya dulu jawatan kain tu," ujarnya berseloroh. Sehingga kini, paparan skrin perkongsian berkenaan menerima lebih 5,100 ulang kicau (Retweet). Paparan skrin perkongsian berkenaan. Malah, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai komen berhubung isu tersebut termasuklah menyifatkan kaum hawa sebagai manusia yang rumit untuk difahami. "OK lah dia bebel pasal kain buruk. Kalau dia bebel pasal perangai buruk menangis kau nanti. "Setuju memang kain buruk ada jawatan. Ada untuk pinggan ada untuk lap meja, lap kalau air tumpah. Lap cermin semualah. Semua jenis mengikut perjawatanlah ya. "Tak tau nak kata bodoh ke atau memang dia ni jenis tak ambil peduli pasal hal-hal dalam rumah. "Kain lap kaki dengan lap muka ialah kain yang berbeza itu maksud dia lebih kurang," komen beberapa netizen.