suria

Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

Irsyaq membuat perkongsian mengenai kisah aneh yang dialaminya menerusi Twitter.

MENJADI lumrah setiap petugas khidmat penghantaran makanan, pasti ada sahaja ragam pelanggan yang perlu dihadapi mereka.

Lebih menakutkan jika pelanggan yang membuat tempahan makanan itu sebenarnya tidak wujud.

Menurut seorang petugas Foodpanda, Nik Isyraq Putera Ismail Putera, dia pernah beberapa kali berdepan situasi aneh sewaktu membuat khidmat penghantaran makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya

ARTIKLE BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

"Saya pernah dapat pesanan hantar makanan ke sebuah apartmen kosong. Bila pergi tak ada orang.

"Sudah tiga empat kali juga. Memang rasa takut. Tapi kalau pasal misteri tu tak risau sangat, tapi risau keselamatan diri. Itu antara cabaran bila buat Foodpanda," katanya sewaktu dihubungi mStar.

Terbaharu, perkongsian anak kelahiran Subang, Selangor yang berusia 20 tahun itu menerusi Twitter turut mendapat perhatian ramai.

"Guys aku buat food delivery tau lepas tu tengok ni... Siapa yang order kalau gini?" tulisnya di Twitter.

Posting berkenaan di Twitter.

Menerusi posting itu, dia turut berkongsi dua foto termasuklah satu kawasan jalan sunyi yang ditutup dengan palang.

Kata Isyraq, ia merupakan lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan yang membuat tempahan makanan.

Bercerita mengenai senario pada Khamis lalu itu, dia berkata kejadian berkenaan berlaku menjelang waktu Maghrib.

"Saya dapat order pukul 6.30 petang. Selepas dapat tu, saya ikut location yang diberi. Rupa-rupanya sampai ke kawasan jalan tutup yang tak ada orang.

"Pusing-pusing cari sampai setengah jam, siap tanya orang. Saya risau juga sebab kiri kanan jalan tutup.

"Lepas tu, macam ada seorang pakcik je kat situ. Dalam pukul 7.30 malam baru saya jumpa rumah pelanggan tu," jelasnya mengimbas semula kejadian berkenaan.

Pernah gak kena macam ni, kitaorang naik Grab. Destinasi yang kitaorg nak pergi tu taman, end up sampai dekat jalan mati. Dalam location driver Grab tu tulis camtu. Seram weyyy.

NETIZEN

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku di sekitar Presint 15, Putrajaya.

Isyraq merupakan penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Nasional (Uniten) kampus Kajang.

Ujarnya, kerja separuh masa sebagai rider Foodpanda diusahakan untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan pembelajarannya.

"Cari duit belanja, tak nak bergantung sangat pada ibu ayah. Saya buat pun time free je. Seminggu dalam empat ke lima hari, dalam tiga jam sehari.

"Bagi saya kalau pelajar nak buat part time, mereka kena kenal diri sendiri. Boleh atau tidak untuk buat dua kerja pada satu masa?

Irsyaq melakukan kerja sebagai rider Foodpanda untuk mencari duit tambahan bagi menampung pelajaran.

'Kalau tak pandai bahagi masa, kena buat jadual. Macam saya pun ada jadual, bila boleh kerja dan bila patut tumpu pada pengajian dan tugasan assignment,' ujarnya lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Irsyaq di Twitter turut menerima 10,500 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen.

"Pernah gak kena macam ni, kitaorang naik Grab. Destinasi yang kitaorg nak pergi tu taman, end up sampai dekat jalan mati. Dalam location driver Grab tu tulis camtu. Seram weyyy.

"Foodpanda banyak kena prank order. Kadang dapat jugak. Lagi-lagi hantar malam-malam ntah rumah orang sapa aku hantar takda orang.

“Aku hari tu pun pernah tersesat buat Foodpanda, duk ikut Waze punya pasal masuk jirat cina. Dah la malam time tu. Sepanjang jalan dok berzikir jer,” kongsi netizen di ruangan balas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Foodpanda, seram, pelanggan misteri, prank

Artikel Lain