suria

“Tak apalah hilang kawan pun” - Rakan tak jadi pinjam duit selepas diajak sign ‘agreement’, jumpa Pesuruhjaya Sumpah

Kisah mengenai perjanjian hutang itu menjadi tular di Facebook.

APABILA berbicara soal hutang yang tidak dibayar, hubungan akrab yang terjalin lama pun boleh terputus.

Malah, ramai dalam kalangan kita pernah berdepan situasi hampir sama sehingga terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan.

Terbaharu, perkongsian Hasrul Jejai mengenai hasrat seorang rakannya untuk meminjam sejumlah wang cukup mencuri tumpuan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang berhutang

"Mintak buat agreement, terus tak jadi. Tak apalah hilang kawan pun. Daripada aku hilang kawan dan hilang duit.

“RM350 tu dia kata sikit. Pada orang-orang macam aku yang kerja sendiri ni, banyak tu woooiii," tulis Hasrul Jejai di Facebook.

Menerusi posting itu, dia turut memuat naik beberapa paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan rakannya itu.

"Aku ni sebenarnya malas dah nak bagi pinjam-pinjam kat orang ni. Semua masa nak pinjam, janji macam-macam. Tapi sampai ke sudah aku tak dapat duit aku.

"Tapi kalau kau betul-betul nak pakai duit, boleh. Aku buat agreement. Tulis la berapa kau nak pinjam, bila kau nak bayar balik. Kalau kau OK, aku jumpa kau esok kat KFC Setiawangsa.

Perbualan WhatsApp berkenaan yang tular.

"Kat situ ada Pesuruhjaya Sumpah. Kita sign surat agreement, sign Pesuruhjaya Sumpah. Pastu baru aku bagi kau duit," tulis Hasrul Jejai kepada rakannya menerusi WhatsApp.

Betul dah ni. Nak protection kan. Aku setuju apa yang kau cakap. Kadang bila kita nak minta balik duit kita, dah jadi macam peminta sedekah.

NETIZEN

Akibat diberi jawapan sebegitu, rakannya terus membatalkan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM350 seperti yang dimaklumkan pada awal perbualan mereka.

"Aku ni just nak protect diri aku je. Macam aku bagitahu kat atas tu la. Ramai pinjam tapi tak bayar balik. Last-last aku yang macam minta sedekah. Kau jangan terasa ya. Sebab aku dah penat bab pinjam meminjam ni. Harap kau faham," jelas Hasrul Jejai panjang lebar.

Perkongsian itu sehingga kini menerima lebih 1,200 perkongsian daripada pelayar Facebook.

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang pernah berhadapan situasi lebih kurang sama sebelum ini.

"Betul dah ni. Nak protection kan. Aku setuju apa yang kau cakap. Kadang bila kita nak minta balik duit kita, dah jadi macam peminta sedekah.

"Good. Memang zaman sekarang ni patut guna agreement.Ada tu dah pinjam beribu-ribu still tak bayar... Sebab janji guna mulut je.

"Mohon kongsi agreement pinjam duit. Senang nak tunjuk kepada peminjam-peminjam tegar yang selalu lupa bayar," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain