suria

Semangat buat bendera sendiri! "Kalau ibu bapa tak pupuk perasaan cintakan negara, siapa lagi?"

Syahid gembira mengibar bendera yang dibuat sendiri.

LAIN orang lain caranya untuk meluahkan rasa sayang kepada negara tercinta.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, sudah menjadi rutin setiap sekolah akan menyambutnya dengan meriah.

Sebenarnya semangat patriotik bermula dari rumah. Sokongan ibu bapa amat penting kepada anak-anak yang sedang membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya Sanggup Gadai Nyawa Demi Negara' - Mohammad Qaiyum

Selain menunjukkan kelainan, apa yang penting kepuasan mengibar bendera Malaysia itu lebih bermakna apabila ia dihasilkan dengan tangan sendiri.

Inisiatif seorang ibu muda, Naqibah Yakob, 26, yang mengajar anak sulungnya berusia 3 tahun, Syahid Yusuff menghasilkan sendiri bendera Malaysia dan negeri Sarawak mendapat pujian warga media sosial.

Syahid bersama ibunya.

Menurut Naqibah, ibu bapa di Sekolah Tadika Aktif Ceria meminta setiap penjaga menyediakan bendera Malaysia dan negeri masing-masing sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-62 tahun ini.

"Saya memang suka menghabiskan masa bersama anak-anak melakukan sebarang projek seni di rumah.

"Apabila diberitahu pihak sekolah anak diminta membawa bendera Malaysia dan negeri, timbul idea untuk membuat sendiri bendera itu daripada membelinya.

"Jadi saya cari barang-barang kitar semula seperti kotak telur dan batang aiskrim untuk melengkapkan projek ini.

Saya terharu juga dengan usahanya itu. Perasaan bangga mengibar bendera ini memang patut ditanam dari usia muda.

NAQIBAH YAKON

"Barang-barang lain seperti benang saya beli di kedai sahaja. Selepas semua barang-barang lengkap, anak saya mula membuatnya sendiri."Sebenarnya sebelum ini saya sudah beli bendera untuk Syahid, tetapi  adiknya sudah patahkan. Dia menangis minta buatkan bendera lain," kongsi Naqibah kepada mStar.

Jelas Naqibah, dia begitu bangga dengan anaknya yang memang teliti ketika menyusun benang-benang mengikut warna bendera."Syahid amat gembira apabila projeknya itu siap dan teruja untuk dibawa ke sekolah.

Naqibah berkongsi posting di Twitter.

"Malah cikgu-cikgunya turut memuji usahanya ini. Ketika di sekolah, saya turut meletak bendera lain dalam begnya untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain yang tidak membawa bendera.

"Saya terharu juga dengan usahanya itu. Perasaan bangga mengibar bendera ini memang patut ditanam dari usia muda.

"Kalau ibu bapa yang tidak memupuk perasaan cintakan negara, siapa lagi?," katanya.

Warga Twitter turut teruja dengan inisiatif yang dibuat Naqibah.

Dalam pada itu, Naqibah berasa segan apabila postingnya di Twitter menjadi viral.

"Saya tak sangka dan terima kasih kepada semua yang memuji serta menyokong usaha ini," ujar Naqibah yang kini postingnya itu mendapat ebih 9,000 ulang kicau sejak dimuat naik pada Jumaat.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain